Bila Tiada Selera & Banyak Pilihan!

Friday, March 13, 2015


Assalamualaikum!


Tiada selera? Tak tau nak makan ape untuk lunch? Puas mikir dari pagi tapi tak ketemu-ketemu jugak jawapannya ... ahahaha macam besor sangat masalahnye ye haha. Nak makan pun susah ... kalau tak makan kang 'mendidih-didih' pulak perut ni. Tak dinafikan aku memang 'kuat' makan .. tapi ada masanya aku boleh tak makan langsung bila tak tau nak makan ape hehe.

Last-last yang aku telan air vico cicah ngan biskut lemak je la. Itu pun sodapppp! :D

Semalam aku blur lagi ... tak tau nak makan ape tuk lunch. Perut tu nak makan nasik .. tapi tekak takmo pulak. Haishhh ... tak 'sependapat' tul la korang (perut & tekak aku) ni! Akhirnya aku tau ke mana tempat yang perlu dituju! Selalunya, kalau tekak dah tak lalu kat nasik ... memang inilah pilihan aku hehe.



Dekat je kiosk Ramly Burger ni ...kat LRT Taman Jaya. Dulu-dulu aku selalu order daging cheese burger, tapi 2 minggu lepas aku try oblong set ni ...terjatuh cinta la pulak! haha. So, semalam aku repeat order oblong set yang sama cuma aku mintak tambah cheese. Kena tambah namposen hehe.


Oblong set ni ada oblong, air pepsi ngan kentang goreng. Air aku kasi tukar coklat kena tambah tujohposen kot. Gedebak gedebuk total semua jadi RM8.50. Ok la tu .. kalau tak tukar air atau tambah cheese, set ni cuma RM7.20 je.

Serius sedap baq hang! Aku ingat boleh kenyang sampai ke malam ...takyah dah makan malam kang hehe. Rupa-rupanya indah khabar dari rupa ... malam semalam Pak Jelan belanja KFC tuk anak-anak, ngan aku aku sekali melantak sama hehehehehe. 





Anyway, semalam time nak balik opis budak cashier tu hulur brochure ni kat aku. So, why not aku share ngan korang kan. Mana la tau kot-kot korang pun ada sindrom blur sama cam aku hehehehe.

Boleh tahan murah harga dia. Affordable la ... mampu makan gitu hehe. Tak semestinya nak makan burger kena beli set kan, nak beli ala carte pun still boleh dapat murah. 

Tambah ada promosi baru plak tu ... ok sangat kannnn! ^^



You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. menu pilihan pun memang menarik hati kan?

    ReplyDelete
  2. Mmg letih melayan tekak yg kg x lalu nasi tu..tak makan kang lapo plak kn..

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan lagi. tapi best jugak pilihan dia.tak mahal

    ReplyDelete
  4. Buat cheq lapar ja.. kat Putrajaya ada kena serbu la jawabnya nanti.

    ReplyDelete
  5. kat melaka aida x jumpa lagi ni.
    best nyer kalau ada satu outlet ramly ni :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM