"Bu...nak duit singgit"

Wednesday, March 25, 2015


Assalamualaikum!




"Bu .. nak duit singgit" sambil tunjuk isyarat ke arah kotak kayu berwarna coklat. Kalau dalam poket dia ada duit, dia akan tanya dulu boleh ke tak nak masuk duit dalam tabung tu. Gi stesen minyak kalau ternampak 'kotak' transparent atas kaunter tu, dia akan bagi 'isyarat cinta' kat aku hehe. Gi pasar malam gitu jugak ... dia tengok orang-orang tua, budak kecik atau acik-acik duk atas kerusi roda ... teringin nak masukkan duit dalam kole acik tu.

Semuanya bermula ketika kami berjemaah di masjid. Sebelum kuar masjid, akan aku bagi duit sorang singgit untuk tujuan tu. Nak didik diaorg ..supaya rajin menderma rajin bersedekah. Jangan hanya dipandang sepi tabung tu. Masukla hatta singgit. 

Hebatnya penangan bersedekah ni ... aku pernah kesempitan wang sunguh-sungguh satu hari tu. Singgah masjid ... lepas solat time nak lipat telekung datang sorang makcik yang jugak baru habis solat. Dok borak-borak baru tau rupanya makcik tu pesakit buah pinggang ... hari-hari minta derma dari orang ramai untuk tampung kos dialisis. Suaminya pulak lumpuh akibat kemalangan jalanraya. Bergenang air mata aku mendengarnya ... 

Mungkin ini ujian Allah dan jugak rezeki makcik tu ... aku kuarkan duit RM10 dan hulurkan padanya. Memang tak banyak ..sebab itu je yang aku ada masa tu. Kakak tengok aku muka blur tak tau naper mata ibunya bergenang air mata.

Nak dipendekkan cerita, malam tu aku dapat satu panggilan rezeki yang tak disangka-sangka! Allahuakbar! T_T

Ni aku citer bukan nak kabo aku baik ke ape ye. Tapi nak citer kehebatan bersedekah .. tak kisah la ko sedekah sikit atau banyak. Aku pernah dengar kat radio IKIM.fm, sesiapa yang bersedekah ketika dia mempunyai rezeki yang melimpah ruah maka dia beruntung. Barang siapa yang bersedekah tika dia tidak punya apa melainkan rezeki yang sedikit maka dia hebat! 

Sebab tu aku pesan kat kakak dan adik, masukkanlah dalam tambung hatta singgit. InsyaAllah, Allah akan buka pintu-pintu rezeki dikala kita kesempitan. Niat pun kena betul juga...jangan hanya mengharapkan balasan setimpal tapi redha dan ikhlas menderma. Barulah Allah sayang .... :)

Adiknya pun dah ngikut sikit-sikit walau tak sekerap kakak. Alhamdulillah ... moga amalan menderma ini menjadi sebahagian dari cara hidup kakak dan adik. 


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. wahhh bagussssss...Farah pun nak didik Ash macam ni... ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, bagus betul anak2 akak...

    ReplyDelete
  3. sedekah itu sangat banyak hikmahnya..ianya memberi rezeki kepada kita

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
  4. Ada kawan sy sorang ni sentiasa kalau pergi mana2 dgn dia mesti dia akan belanja. Bkn sorang dia belanja kadang ramai gak. Tapi rezeki dia tak putus2 datang.

    ReplyDelete
  5. betul tu,walau tak banyak,sedekah tu banyak pahala dan ganjarannya..dari kecil ni lah kita nak ajar mereka kan...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, bagus ajar mereka menderma sejak kecil...

    ReplyDelete
  7. bagus la..mendidik diaorang supaya memandang pada kesusahan orang lain..dalam rezeki kita ada rezeki orang lain..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM