Tuesday, March 17, 2015

# Bila Balik Kampung # Perak

Day 2, Buah Kekabu & Ikan Puyu!


Assalamualaikum!




Day 2 ... pemandangan pagi di tepi tali ayaq mengadap bendang. Tenang .. mendamaikan ... sunyi. Keadaan cuaca yang kering, dah beberapa hari tak hujan sebelum kami sampai kampung lagi. Memang kering tanah baq hang! 




Mak budak ngan budak kicik bersiap-siap nak gi market (pasar). Lama dah tak menyinggah market kat Bagan Serai tu. Biasa 'meriah' ngan barang-barang basah dan sayuq. Aku paling suka pi market kat situ hehe.





Rambang mata aku tengok ikan-ikan segar di market ni. Rasa macam nak beli semuaaa ikan ni! haha. Amboiiii macam banyak sangat duit aku ye hehe. Walaupun pokok bunga ni nampak cantik dan warnanya menarik, tapi tak cukup menarik hati aku untuk membelinya. Sorry uncle, i amik gambo bunga je la yek :)




Memang dah jadi kebiasaan kalau balik kampung Perak mesti singgah umah Tok (mak kepada mak mertua). Kebetulan pak menakan Pak Jelan, Pak Andak ada sekali, dok menjala ikan puyu di tali ayaq belakang umah. 

Aku pulak mana biasa tengok orang menjala ni, memang tak lepaskan peluang la! hehe. Video penuh ada kat fb aku.




Boleh tahan hasil tangkapan Pak Andak..... :)

Balik umah, aku pi belakang balik nak tengok buah kekabu dah luruh belum.




Time musim kering gini memang musim 'dia' berbuah. Time pagi, kuncup ..time petang kul 2-3 memang kembang habis buah kekabu ni! Nak jolok takdak galah panjang, nak panjat takdak sapa berani hehe. Ehh ...kak ipaq aku cakap, ipaq dia belah sana pandai panjat pokok kekabu ni tau!

Mak kata, kita tunggu je la angin tiup bagi buah kekabu ni jatuh ke tanah. Kalau ada rezeki boleh amik, kalau tak ... masuk dalam parit la jawabnya hehe.




Antara buah kekabu yang ditiup angin dan jatuh ke tanah. Tapi aku tak berani amik pasai ada binatang kaler merah situ hehe. Mak cakap kalau ada binatang merah tu takyah amik la. 




Di sana menanti di sini menunggu haha. Ibu ajak adik mai sebelah sini, adik takmo. Takut katanya. Dah.. ibu sengsorang je la kat sebelah sini hehe. Pastu adik panggil 'ummi ...ummi ...ummi' langsung aku tak jadi nak lepak lama ... haha.



3 comments:

Apa kata korang?