GYNOTAL Gel Memudahkan Bersalin & Krim Soft-N Untuk Penyusuan Lebih Baik

Monday, March 16, 2015


Assalamualaikum!


gambar hiasan

Pengalaman melahirkan anak antara momen terindah dalam kehidupan seorang wanita bergelar ibu. Teringat pulak kenangan aku melahirkan dulu ... memang rindukan pengalaman tu! Dulu, macam-macam kaedah dan petua yang kita gunakan untuk memudahkan proses bersalin. Tapi, kini ada produk di pasaran yang boleh membantu ibu-ibu mengandung melalui proses bersalin yang cepat, mudah dan selamat!

Ada 2 jenis proses bersalin yang kita sedia maklum, yakni kelahiran normal dan pembedahan Cesarean. Melalui pengalaman aku sendiri yang pernah melalui kaedah c-section atau cesarean dan kaedah normal, kedua-duanya mempunyai pro dan kontranya sendiri. Kebanyakan ibu mengandung akan memiliih kaedah kelahiran semulajadi/normal berbanding c-section. Tapi, tak kurang juga yang takut untuk melalui proses bersalin normal ni disebabkan ramai yang beranggapan beranak normal boleh menyebabkan koyak besar di bawah (perineum) tu! huhu.

Itulah yang menjadi dilema kepada ibu-ibu mengandung terutama yang baru pertama kali melahirkan sekali gus menyebabkan mereka cenderung memilih untuk melahirkan anak secara cesarean. Selain itu, terdapat juga komplikasi lain yang menyumbang kepada pemilihan kaedah ini seperti proses kelahiran yang terlalu lama, risiko perineum koyak, penggunaan forsep//vakum dan pendarahan selepas bersalin.


Proses Kelahiran Normal

Meh aku cerita sikit pasal proses kelahiran ni ye ...

Semasa proses kelahiran semulajadi, terdapat geseran yang berlaku yang dipanggil 'opposing fore' untuk ibu dan bayi, terutamanya ibu baru. Disebabkan geseran tersebut, ibu dan bayi memerlukan tenaga yang banyak untuk proses kelahiran. Jika proses kelahiran berpanjangan, kedua-dua ibu dan bayi akan menjadi letih dan lemah.

Dalam situasi begini, doktor akan membuat potongan (episiotomy) dan mungkin menggunakan forsep atau vakum untuk membantu ibu dan bayi. Tetapi, ketika proses kelahiran berlangsung, air ketuban dan cecair vernix tidak mencukupi untuk menyokong dan mengurangkan geseran antara saluran peranakan dan bayi.

GYNOTAL Gel




Iniqra Pharma memperkenalkan GYNOTAL Gel khusus untuk membantu ibu-ibu dan bayi mereka semasa proses kelahiran semulajadi/normal. GYNOTAL Gel berfungsi :

  • melindungi otot pelvis, rahim, saluran peranakan dan perineum  
  • memudahkan kelancaran proses kelahiran.

GYNOTAL Gel menghasilkan sejenis filem bio-pelekat yang licin dalam saluran peranakan untuk mengurangkan geseran-geseran tersebut. Ia bukan sahaja memudahkan kelahiran, tetapi memastikan prosesnya selamat, pantas dan selesa untuk ibu dan bayi.

GYNOTAL Gel telah terbukti dapat mengelakkan koyakan di perineum dan melindungi pelvis. Gel ini membantu bayi untuk meluncur keluar dari saluran peranakan dengan mudah!


Bagaimana GYNOTAL Gel Digunakan?

Terdapat 3 penyuntik GYNOTAL dalam satu pek dengan 3 applicators untuk 3 peringkat proses kelahiran semulajadi. Tapi ingat ye, GYNOTAL Gel HANYA boleh dilakukan oleh ahli perbidanan (midwife) atau doktor saje. Korang jangan suka-suka nak buat sendiri-sendiri ye hehe.

Peringkat 1 - Gel A yang pertama dimasukkan bila bukaan serviks mencapai 2cm ke 3cm

Peringkat 2 - Gel A yang kedua dimasukkan bila ke dalam saluran peranakan selepas air ketuban pecah dalam masa 15 minit hingga 30 init atau bila bukaan serviks mencapai 5cm hingga 7cm

Peringkat 3 - Bila ibu sedia untuk meneran atau ketika bukaan serviks mencapai 10cm, Gel B akan diamsukkan ke dalam saluran peranakan untuk menyokong ibu dan bayi.

Semasa si ibu meneran, bayi akan meluncur keluar melalui saluran peranakan dengan mudah, pantas dan mengurangkan koyakan di perineum, serta mengelakkan dari menggunakan forsep, vakum dan potongan (episiotomy).

Untuk pengetahuan korang, GYNOTAL Gel telah diuji dan digunakan dalam proses kelahiran dan terbukti ia selamat digunakan untuk ibu dan bayi. Gel ini tidak mengadungi sebarang bahan farmaseutikal dan gel tersebut akan diserap oleh badan ibu secara semulajadi. Maksudnya, GYNOTAL Gel ini bukan termasuk dalam kategori drugs ye tapi ia termasuk dalam medical devices

So, gel ini tidak akan merosakkan atau membahayakan otot-otot dan kulit saluran peranakan, kulit, mata, hidung dan mulut si bayi. Gel ini steril, tidak mengandungi bahan pengawet, latex dan hypo-allergenic

GYNOTAL Gel juga disyorkan untuk jenis kelahiran semulajadi termasuk waterbirth.

Buat masa sekarang, GYNOTAL Gel boleh didapati di hospital-hospital swasta terpilih seperti : 

  • Ampang Puteri
  • Tropicana
  • Desa Park City
  • Sunway Medical Centre
  • Gleneagles

So, sekiranya korang bercadang untuk bersalin di hospital yang dinyatakan di atas, korang boleh request untuk GYNOTAL Gel ni. Tapi, korang juga boleh suggestkan gel ni di doktor hospital lain untuk dapatkan pandangan diaorg. Tak salah mencuba kan :)

Krim Soft-N





Selepas melalui proses bersalin, si ibu akan mula menyusukan bayinya. Proses penyusuan sememangnya mampu merapatkan hubungan antara ibu dan bayi, namun ia juga boleh menjadi pengalaman ngeri!

Pengalaman aku sendiri menyusukan bayi sulung dulu sangat menuntut kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang rasa nak mengelak dari menyusukan bayi sendiri kerana tak tahan menangggung kesakitan di puting! huhu.

Bagi ibu yang pertama kali menyusukan anak, puting ibu akan mengalami sakit, luka, kering dan kadangkala berdarah. Tapi, jangan risau ye sebab ini adalah perkara biasa yang dialami oleh ibu-ibu yang sedang menyusu. Terdapat beberapa tips untuk mengurangkan ketidakselesaan ini :

  • mencuci dengan air biasa setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi
  • biarkan kering 20 minit hingga 30 minit sleepas setiap sesi penyusuan
  • tukar pad penyusuan dengan kerap
  • gunakan air suam untuk hilangkan kesakitan
  • menggunakan krim atau losyen putih payudara

Krim Soft-N adalah non-irritant, hypoallergenic, dermatologically dan tidak mengandungi :
  • Lanolin haiwan atau sintetik (sejenis wax yang dihasilkan oleh kelenjar biri-biri)
  • wangian
  • pewarna
  • petrokomia
  • silikon
  • bahan pengawet

Bahan-bahan aktif dalam krim Soft-N ini tidak akan menyebabkan alahan kepada si ibu terutamanya bayi seandainya tertelan ketika menyusu. Sebaliknya, krim ini dapat membantu melindungi dan mengekalkan kelembapan untuk melegakan kesakitan. Ia juga mempunyai 'gloss enhancer', melegakan puting sensitif, dan memberikan rasa 'cooling'.

Cara Menggunakan Krim Soft-N

Senang je nak gunakan krim Soft-N ni. 
  1. Sapukan krim ni sebelum dan selepas setiap sesi penyusuan
  2. Urut dengan perlahan sehingga krim tersebut diserap oleh kulit
  3. Pastikan kawasan payudara sentiasa kering dan pakai pakaian yang longgar
  4. Tukar pad menyusu dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Krim Soft-N 50ML yang berharga RM49.90 ini boleh didapati di farmasi terpilih dan hospital-hospital di seluruh kawasan Lembah Klang. Ia juga boleh didapati di Pulau Pinang dan Johor.

So, untuk ibu-ibu mengandung dan bakal melahirkan cahaya mata, moga apa yang aku kongsikan ini dapat membantu korang membuat pilihan yang bijak. Jangan takut untuk menghadapi proses kelahiran semulajadi/normal kerana ia adalah satu nikmat yang tidak terhingga bagi seorang ibu.

Sebarang pertanyaan mengenai GYNOTAL Gel dan Krim SOFT-N ni, korang boleh emelkan kepada :

info@iniqrapharma.com.my

atau boleh layari :



Info ringkas mengenai Iniqra Pharma

Iniqra Pharma LLP telah ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Encik H J Sathik Maricar. Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam industri farmseutikal dan perubatan.

Iniqra Pharma LLP adalah sebuah syarikat yang mengedar produk kesihatan. Kami membawa dan membekal produk baru ke dalam pasaran Malaysia. Selaras dengan objektif syarikat, kakitangan kami berpengalaman dalam menyediakan bantuan dalam jualan, memberi pendidikan tentang produk dan panduan pada agen-agen kami serta menyokong sebarang pertanyaan pelanggan mereka.

Produk-produk kami adalah dari seluruh dunia, dan mengutamakan produk kehamilan dan kelahiran.


INIQRA PHARMA
344A, Melawati Urban 1, 
Lorong Kedah, Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4107 3710


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. next baby boleh laa try..hehe..pengalaman anak pertama 3 tahun lepas vakum dan nipple berdarah T_T

    ReplyDelete
  2. menarik ni, kalau I is peknen lagi bolehlah mula cari-cari menda alah ni...

    ReplyDelete
  3. Tak de pengalaman guna semua nih..kena tanya siapa2 yang pernah cuba .baru yakin diri nak guna nanti..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM