Hari Ini ... 8 & 6 Tahun Yang Lepas!

Monday, March 23, 2015


Assalamualaikum!




Kalau boleh diulang kembali saat itu ....  tentu sekali aku takkan menolaknya! Alhamdulillahirobbil alamin ..... anak-anak ibu kini semakin membesar dan sihat dengan izinNya.

Walau banyak kerenahnya, walau macam-macam ragam kedua-duanya tapi itulah 'harta' dan kenangan yang tinggal untuk aku dan ayahnya bila kami dah tua nanti. Sesuatu untuk dikenang ... sesuatu untuk disenyumkan andai hayat masih dikandung badan.





Hurm .... rasa macam baru sangat melahirkan. Rasa macam baru semalam tengok anak-anak ibu berjalan tatih. Rasa baru sat tadi kakak dan adik ditimang. 

Mungkinkah aku akan dapat mengulangi kembali saat itu? Hurm ...





Dialah teman bermain, dialah teman belajar, dialah teman tido. Salah seorang takda, memang sunyi sepi hidup aku. Takda kedua-duanya bisa mengalir air mata ibu. 

Sungguh ... tak tau la macam mana aku nak berhadapan bila tiba saat itu T_T

Semoga ibu dan ayah dapat menjadi ibu ayah yang terbaik buat kakak dan adik. Semoga kekurangan dan kelemahan kami dapat menjadikan kakak dan adik lebih berjaya satu hari nanti dan menjadi umat Muhammad s.a.w yang diredhai. 



Alhamdulillahirobbilalamin...

Sanah helwah buat kedua² permata hati ibu dan ayah yang lahir pada hari ini 8 dan 6 tahun yang lalu.

Semoga hidupmu diberkati Allah dunia akhirat, dilimpahkan rezeki yang halal dan keberkatan dalam hidup serta menjadi 'titian' untuk kami ke syurgaNya.

Happy birthday my princesses! :') - ibu


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. Happy birthdayyyy untuk anak2 akk.. semoga menjadi anak yang solehah.. amin..

    ReplyDelete
  2. moga jadi anak yg solehah ye....

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM