ruangiklan
ruangiklan

Friday, March 13, 2015

Lagi 10 Hari!


Assalamualaikum!


gambar hiasan


Menggeletar dah tangan ibu nak menaip ni hehe. Hari ni last sekolah, minggu depan dah cuti. Sempat ke ibu nak mencari kek tuk kakak dan adik ni?

Dari bulan Februari lagi, kakak asyik tanya bila birthday kakak dan adik .... dah macam kaset dah dok rewind soalan tu je huhu. Yang adik nak kek Frozen .. dengar kat kakak terus kena sound takyah la kek Frozen dik ... mahal la. Ibu .. kakak nak kek krim biasa-biasa pun takpe bu.


Alahai ... luluh hati ibu dengar kakak cakap camtu. Besar dah anak dara sulung aku tu ...macam faham-faham je kan hehe.

Lagi satu, kakak dan adik berhajat nak celebrate ngan kengkawan di sekolah. Tahun lepas tak dapat nak celebrate pasal tarikh hari lahir jatuh time cuti sekolah huhu. So, tahun ni ibu dan ayah akan usahakan jugak tuk kakak dan adik ye ... insyaAllah.

So, bermulalah cake-hunting selama 10 hari ni. Harap-harap ibu dapat jumpa kek seperti yang dihajati kakak dan adik. Bukan sebiji .. tapi dua biji tu! haha. Dah sekolah lain-lain, kena la keknya asing-asing kan. Tarikh je sama .. 23hb Mac cuma tahun yang memisahkan mereka. Nak tau tips dapat tarikh lahir sama? Yang berminat boleh pm aku ye hehehe. Gurau je ... :D

Tadi ade gak survey-survey kat IG dan web, naik pinar mata aku tengok macam-macam jenis kek dengan macam-macam tema ada huhu. Besar, kecik, sekilo, sekilo setengah, dua kilo .... siap sediakan aje duitnye haha.

Tapi untuk anak-anak ibu, insyaAllah ibu dan ayah usahakan juga ye. Nak kena buat goodie bag sikit tuk kengkawan kan. Takpela ... setahun sekali ye dop. Lagipun, ini juga sebagai reward sebab jadi anak yang baik untuk ibu dan ayah selama ni. Duit boleh dicari, tapi kebahagiaan menjadi ibu kepada kakak dan adik .. takkan dapat ditukar ganti.

Eh eh ... tertouching pulak hati ni hehe. 

6 comments:

  1. Untungnya.. Anak sis sama tarikh lahir.. Dah macam kembar tahun lain lak..

    ReplyDelete
  2. sama bulan dgn auntie la..cuma auntie hujung bulan sikit..heehhe

    ReplyDelete
  3. wah... Sama tarikh lahir... Sng ingat kan.. Jimat celebrate sekali kt rumah la.. Tapi kat sekolah..x jimat gak..

    ReplyDelete
  4. wa...sama tarikh bestnya...sy buat majlis besday sekali utk anak2...tetap dua biji kek tapi berlainan tarikh, bulan dan tahun...hihii..takut anak2 komen..apasal majlis kakak lagi meriah tp majlis adik xmeriah? jadi utk adil..sy sama ratakan kemeriahannya dgn buat majlis sekali..hihihih....

    ReplyDelete
  5. sedap nyer kek pelangi tu nyum nyum...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.