Wednesday, March 11, 2015

# Anything and Everything # Rokok

Mung Letak La Taik Babi Sekali Pun!


Assalamualaikum!




Tak jalannnnnnnn ...! Walau beribu fakta dan bukti dilemparkan ke muka mereka, tetap takkan ada perubahan. Jika ada, hanya segelintir yang sedar .... minoriti! Yang majoriti? pe citer? Segala macam jenis ketakutan sudah terpampang di depan mata mereka ... pun masih juga 'sedap' menghisap huhu.

Aku tahu artikel di atas ni diedit tajuknya. Tapi, kalau benar ada taik babi dalam puntung rokok tu, adakah mereka akan berhenti merokok? Hatta, bila fatwa telah benar mengharamkan rokok pun mereka tak boleh ikut ... inikan pulak ko cakap ada darah ... taik babi dalam puntung rokok. DNA babi dalam coklat tau pulak ko geli ye!

Pun begitu aku percaya, satu hari nanti mereka akan sedar. Bukan sedar bahaya rokok melalui kempen, gambar-gambar penyakit yang terpampang di kotak rokok atau pun melalui cakap-cakap orang. Tapi .. bila mereka mereka dan mereka sendiri dah merasa bernafas melalui topeng pernafasan dan terbaring lesu tak bermaya di katil hospital .. barangkali baru mereka sedar akan bahayanya merokok dan betapa berharganya setiap hela nafas yang Allah kurniakan pada mereka selama ni.

Bukan mendoakan ...! tapi melalui pengalaman dan bukti yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri ... bagi sesetengah orang, ini mungkin caranya mereka boleh berubah supaya berhenti merokok. 


Not taking drugs doesn't make you have the priviledge to smoke. Don't compare yourself with drug addicts for I see nothing different between you and them. What haram is still haram no matter what method you use!!


Lagi satu ... jangan suka bandingkan perokok dengan penagih dadah. Bagi aku, takda beza antara keduanya sebab purposenya tetap sama ...! Yakni, menjahanamkan diri sendiri dan orang lain ....!


8 comments:

  1. Betul! Cakap macam mana pun still makin berleluasa perokok ni. Hurmmmm

    ReplyDelete
  2. akak setuju dengan hanim,letak la apa pun amaran depan kota rokok tu,tetap dibelinya..

    ReplyDelete
  3. perokok akan tetap jadi perokok tak kira apa pun...

    ReplyDelete
  4. Kena letak muncung babi kering betul2 kat batang rokok tu baru jalan kot...

    ReplyDelete
  5. smoker ni payah nak berubah.. sebab diorg ni perokok tegar hahahaha

    ReplyDelete

Apa kata korang?