Pendaftaran Tahun 1 2016 - Cop Sekolah Diterima!

Wednesday, March 25, 2015


Assalamualaikum!



Setel step kedua! Lega rasanya bila pendaftaran online Mira sudah selesai. Sekali cop aje! hehe. Teringat aku masa nak daftar sekolah kakak, sampai 4 cop sekolah kat belakang surat beranak tu! hehe. 

Sekarang aku kena tunggu bulan Julai untuk pengesahan sekolah di mana Mira akan ditempatkan secara rasminya. Rasanya yang ni takda masalah kot ..insyaAllah. 



Tinggal lagi pendaftaran untuk sekolah agama pulak. Borang pendaftaran tak kuar lagi ... rasanya dalam bulan 8 atau 9 baru kuar.

Hurm .. rasa cam tak percaya je Mira nak masuk darjah 1 tahun depan hehe. Boleh ke dia menyesuaikan diri di sekolah tu nanti? Larat ke dia nak gi sekolah agama petangnya? Konfirm ke dia takkan merengek sebab penat atau nangis takmo gi sekolah? Harap-harap janganla jadi begitu huhu. Anak-anak ibu semua kuat dan berani kan kan kan kan :)

Korang dah daftar anak lum? Cepat daftar sebab pendaftaran hanya sehingga 30 April. Lambar daftar kaluuuu ...hai hai bai bai jawabnye :D


You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. wahhh kejapnya masa berlalu, dah nak sekolah dah mira...

    ReplyDelete
  2. Sekarang nie daftar sekolah pun boleh online yer ^^

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM