ruangiklan
ruangiklan

Friday, March 06, 2015

Pendaftaran Tahun 1 2016 - Daftar Online Darjah 1


Assalamualaikum!

Bizi giler aku seminggu ni, dengan kursus lagi ... dengan kerja menimbun lagi! Alhamdulillah habis kursus, aku setelkan semua kerja yang tertunggak selama 3 hari. Barula lega sikit sekarang semua dah kembali ke keadaan normal hehehe.

Tetiba teringat pulak adik yang akan masuk darjah 1 tahun depan. Hurm .. besar dah anak dara kecik aku tu. Alhamdulillah ... dalam pada dok merengek-rengek, dok ber'drama swasta' dengan air matanya tu, membesar jugak dia dengan jayanya hehehe.



Takyah mikir panjang ... sekolah adik dah aku tentukan. Sekalikan dengan kakaknya .. senang dia nak pantau adik dia di sekolah. Ke ... adik dia yang nak kena pantau dia di sekolah hahaha. Watever ... asalkan dua beradik tu belajar dalam satu sekolah.

Pernah aku bercita-cita nak masukkan diaorg ke sekolah cina, tapi mungkin niat tu hanya duduk di situ je ... banyak benda nak kena consider time tu.


Pendaftaran macam biasa, dan disebabkan aku dah pernah buat untuk kakaknya dulu kali ni takda masalah nak daftar online. Pendaftaran tahun 1 2016 bermula dari 1 Mac hingga 30 April. Kalau ditangguh-tangguh, aku takut terlupa nanti! 

Masa tu kalau nak buat rayuan bertambah leceh jadiknye! Baik aku daftar awal-awal.

Dan, aku harap kali ni pendaftaran adik ke sekolah rendah takkan ada masalah. Taknak la aku jadi macam 2 tahun lepas, kena pusing satu downtown semata-mata nak tukar sekolah!







Siap daftar tuk Mira! Dalam masa 14 hari ni, aku kena gi sekolah tu pulak untuk masukkan nama adik dalam rekod pendaftaran di sekolah. Tahun depan insyaAllah kakak dan adik gi sekolah sama-sama, balik sama-sama, gi kelas ganti hari Sabtu sama-sama hehe. Yang paling penting, korang berdua akan sentiasa berada dekat dengan ibu.


p/s : 2 minggu lagi birthday kakak dan adik ... serentak! Kena mikir cepat ni huhu ....


6 comments:

  1. adik da nak naik darjah 1 rupanya ye...daftar awal lagi bagus anim,nanti takdelah kita terlupa pulak nak mendaftar..dah susah nak dapat kelas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, better register awal. Takut terlupa atau terlepas pandang .. naya je hehe.

      Delete
  2. Wow...canggih sungguh sekarang.

    ReplyDelete
  3. cepat je anak2 membesar ..kan??pejam celik dah darjah satu..

    ReplyDelete
  4. Tak terasa anak² semakin besar..

    ReplyDelete
  5. Bagusnya.. lebih memudahkan dari kena beratur panas2 kat sekolah ramai2 org.. Mudah sikit kan.. :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.