Breaking

Monday, March 09, 2015

Pertama Kali Pakai & Dia Sukakannya!


Assalamualaikum!


Dah lama dia perhatikan ibunya ni. Sejak ibunya jatuh cinta dengan shawl, dia pun sama terikut nak menggayakannya. Dok tengok ibu pusing shawl dari depan ke belakang di depan cermin, kemudian tusukkan pin comel di tepi dan atas tudung barangkali telah menarik perhatian anak dara sulungku ini hehe.

"Bu ... boleh tak kakak nak pakai tudung ni?" sambil tunjuk tudung shawl aku.

Ada 2 helai shawl aku yang dah tak boleh dipakai lagi. Bukan tak boleh pakai sebab rosak tapi sebab shawl tu pendek, tak sesuai untuk aku yang berleher jinjang ... tak menutupi dada! Amboiiii jinjang la sangattttttt! hahaha. Dari shawl tu tak berpakai, baik diberikan pada kakak kan. 

Teruja dia mendengar bila aku membenarkan dia memakainya malam tadi.




This is the best shot I can get for you hehe. Kakak dah pandai malu nak bergambar sekarang. Cukup payah nak suruh dia pandang henpon ibu ni walaupun untuk amik shot muka je.

Setelah beberapa kali percubaan dan antara banyak-banyak shot yang ibu amik, yang inilah paling elok pun hehe.




Saje je dia buat muka senget begitu hehe. Tapi, bagi ibu kakak tetap nampak comei! Suka dia bila kita puji dia comei pakai shawl tu. 

Encourage dia .... bukan hanya untuk menutup aurat, tapi kerana dia sendiri terbuka hati untuk melakukannya tanpa paksaan sesiapa. 




Runcing pulak dagu kakak tu ibu tengok. 

Officially, shawl hitam ni dan shawl satu lagi kaler merah telah menjadi kepunyaan kakak.  Harap kakak istiqomah menutup aurat dan moga adik akan mengikuti jejak kakak satu hari nanti. 

Aaminn ... insyaAllah .


24 comments:

  1. comelnya kakak...lagi comel pakai shawl tu anim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ... anim pun fikir begitu juga. Rasa 'terancam' pulak bila ramai yang memuji hahaha :D

      Delete
  2. comel.. nmpk dia smkin dewasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis, sekejap je masa berlalu. Cepat tul budak-budak sekarang ni membesar .... lagak pun dah macam orang dewasa padahal baru 8 tahun hehe :D

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah ... terima kasih aunty idzwa :)

      Delete
  4. cantiknya dia pakai tudung..macam mak dia jugak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Truly sis, mak dia tak secantik anaknya bila pakai shawl tapi gatai jugak nak menerai hehe. Apapun thank you sis :)

      Delete
  5. comelnye kakak....bagusnya kecik2 nk pakai tudung..acik irra darjah 3 pas kelas PJK semua suka sbb boleh tanggal tudung,..hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan takat acik irra je, ibu pun sama gak dulu seronok kalau dapat bukak tudung time kelas PJ haha.

      Delete
  6. alahai ....cantek sangat kakak pakai shawl . Sweet sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweet ... ada macam ibunye tak? ekekeke :D

      Delete
  7. Alhamduliklah..sejuk mata mandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ...moga dia terus istiqomah insyaAllah :)

      Delete
  8. Alololo cantiknyaaa cam mommy dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuk uhuk *tersedakmommydisebelah* haha :D

      Delete
  9. susah nak cari instant shawl untuk budak2..memang tak de kot..harap2 lepas ni ada orang buat sebab anak saya pun teringin sungguh nak pakai shawl2 saya..tapi besar sanagt,..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade instant shawl tuk budak sis, cuma kena pandai cari yang sesuai tuk budak-budak.

      Delete
  10. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. Hihi, memang nampak comel sangat! Seronok tengok kakak pakai tudung! :D

    ReplyDelete
  12. wah comelnya... semoga kakak istiqomah ye

    ReplyDelete
  13. alahai sweetnya kakak ni..sejukkk perut ibu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.