Projek DSV : Buyung

Wednesday, March 11, 2015


Assalamualaikum!

Oohhhh .. ini sebabnya dia mintak plastesin semalam. Untuk projek sekolah katanya. Tak pulak aku tanya nak buat apa. Petang semalam, dia cakap budak yang tak bawa plastesin ke sekolah kena siapkan di rumah dan hantar esok (hari ni). 

Laaaa ..... duit yang ibu bagi semalam tu pegi mane?

Kakak beli makanan ....

Hurmm ... beli makanan takpela. So, pas maghrib semalam aku bawak di gi kedai beli plastesin. Bersinar-sinar muka dia kalau kata nak pegi kedai hehe. Yang adik kena tinggal .. pasal lambat sangat mandi! Ayah dia kata, Mira menangis kuar dari bilik air bila tahu ibu dan kakak gi kedai haha. Tu la ... lambat lagi mandi!


Nak buat ape ngan plastesin ni?

Kakak punye DSV ... kena buat buyung. Ibu tau buyung tu ape?

Buyung?? ..... busung ibu tau la ...

Hahahahahaha! nampak sangat aku fail jawab soalan anak ....! Mana ibu tau anak oii .... paling hampir pun boleh fikirkan mak buyung hehe.

Takpe nanti kakak tunjuk ibu camne nak buat buyung...

Baikkkkkkk cikgu ... hehehe.

So buyung .... memang tak pernah lagi aku tahu apebendanya itu. Maka, aku google la kejap ....


sumber  : google


Ahaa ..! gini rupanya buyung ye. Orang-orang dahulu memang menggunakan buyung untuk tujuan simpanan air dan makan. Memula aku ingat kakak salah cakap nak cakap labu sayung haha. Puas 'bertekak' ngan dia .... tapi tetap juga dia kata buyungggggg!

Bagus ... tetap pendirian kakak haha.

So, dah siap homework baru dia start buat buyung. Aku dok memasak di dapur time tu ... pandang pun takat sekilas pandang je sambil lalu hehe. Bila dah siap ... dia tunjuk!

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





Hurmmm .... lain benor rupe buyung kakak ni. Siap bercorak-corak pulak tu hehe. Konfiden je dia membuatnye sendiri ..! Dah siap buyung kakak .. baru leh tido dengan lena.


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. hahaha..cantik buyung kakak..akak ingat dlu,cikgu pun ada sruh buat ni..tp gunakan tanah liat yang amik kat paya tu..hehehe..seronok ek,mandi paya..tetiba pulak keluar cita lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadik leeee buyung style kakak haha. Mandi paya best wooooo! :D

      Delete
  2. hahaha. ni macam burger pun ada saya tengok.

    ReplyDelete
  3. Uikk.. Terkejut tgk buyung kakak.. Hehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM