Friday, March 20, 2015

# Bila Balik Kampung # Kari Kepala Ikan

Resepi Mudah Kari Kepala Ikan Merah


Assalamualaikum!

Lamanyeeee aku tak berkongsi resepi di blog kesayanganku ini kan. Masaknya dah macam-macam, tapi nak updatenye kadang malas, kadang tak sempat, kadang tak sampai hati, kadang tu kena perli pulak! ibu ni nak tangkap gambo ke nak makan! hahaha 

This time anak-anak kat umah mak jang diaorg so aku boleh la amik gambo banyak sikit kan hehe. Kali ni aku nak share resepi mudah biasa-biasa kari kepala ikan merah ... Perak style hehe.



Mudah je resepi dia .... kalau anak-anak dara di luar sana berhajat nak belajar masak, bolehlah try resepi aku ni. Eh silap ...resepi Pak Jelan ni hahaha. Jangan buat naya bagi resepi tak letak kredit tuan empunya hehe.


KARI KEPALA IKAN MERAH 

Bahan-bahan :
  • 7 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 7 ulas bawah putih (dihiris halus)
  • santan kelapa (amik sebelah je, diparut dan diperah)
  • daun kari
  • ikan merah 3 ketul (kepala, ekoq dan badan)
  • serbuk kari ikan (separuh)
  • air masak
  • air asam jawa
  • garam secukup rasa

Cara-cara :

Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari bersama hingga naik bau. Masukkan serbuk kari ikan yang telah dicampur dengan air. Pak Jelan guna separuh je serbuk kari tu. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan kepala, ekoq dan badan ikan gaulkan bersama serbuk kari tadi hingga air ikan tu kering.

Agak-agak dah kecut sikit ikan tu, masukkan perahan santan ke dalam periuk. Pak Jelan campur pati santan dengan perahan kedua. Senang ...takyah peningkan kepala hehe.

Kemudian masukkan air masak sikit dan biarkan reneh kuah tu sampai menggelegak. Sementara tu, masukkan juga air asam jawa dan garam secukup rasa.

Dan, siap!

Memang simple baq hang! Tapi kesedapannya ..perghh! hehe. Aku try makan ngan nasi lemak yang aku masak pagi tadi ..perghhh mantops! Berbeza dengan kari yang biasa mak aku masak, kari kepala ikan ni tidak menggunakan 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga). Dah namanya pun M.U.D.A.H kannnn hehehe.


SELAMAT MENCUBAAAAAAA!
^^


3 comments:

  1. terliurnyeeee....tengok kari kepala ikan awak...ni kalau kat kedai mamak agak agak la berapa dia charge?

    ReplyDelete
  2. Fuhhh.. mmg terliur saya tengok ni Anim.. tak cukup nasi sepinggan klu pekena ni.. :)

    ReplyDelete
  3. Pehhh sedapnya kalau makan dengan lempeng atau pun cekodok.

    ReplyDelete

Apa kata korang?