Tuesday, April 07, 2015

# Cerita My Pearls # Kids

KidZania KL - Antara Coklat Dan Burger!


Assalamualaikum!

Lama gak tertunggak entri Kidzania aku ni hehe. Lemah gemalai rasa segala sendi-sendi jari nak menaip ni. Tambah pulak dapat rehat hari Sabtu je, Ahadnya dah kena gi cover event. Kengkadang aku rasa walaupun aku ni kurus tapi kurang stamina la .... ke acaner tu?  

Tapi stamina makan kuat pulak! haha :p




Hah! ..ni budak-budak ni beratur apasal? Berebut-rebut nak masuk kedai siap stenbai duit masing-masing dalam tangan haha. Ohhh ... ni la time kat KidZania aritu .. kakak dan adik jadi pekerja Marrybrown buat burger hehe.

Memula adik taknak .. pastu aku pujuk cakap ibu nak makan ... baru dia masuk ngan kakak haha. 




Sebelum masuk kena bayar dulu dik non! 15 Kidzos untuk jadi pekerja Marrybrown. Kalau korang masuk KidZania wajib korang suruh anak korang 'kerja' di sini haha. Dapat makan burger .... haha. Ish ibu ni ...asyik makannnnnnnnn je!




Dah masuk dalam kena duduk dan tunggu kejap. Nak kena tengok video cara buat burger pastu baru boleh buat sendiri. Time ni lutut aku da 'goyang' terpaksa cari tempat duduk dan biarkan diaorg 'bekerja' kat dalam tu hehe. 




Alamak ... nampak sedap pulak daging burger ayam tu hehe. Time ni kena letak sayur dan sos atas burger. Kalau dulu kakak dan adik letak jugak sayur dan sos cili walaupun diaorg tak suka, tapi kali ni ada member sebelah pandai ... dia tak letak sayur dan sos cili. Ape lagi ... kakak dan adik pun ikut sama la tak letak haha.

Aku berdiri kat tepi tu tersengih-sengih tengok gelagat diaorg. Hampir sume budak tu pakat takmo letak sayur haha. 




Kakak dan adik letak mayonis je atas burger ..?! haha....

Dah siap bungkus, semua budak keluar dari kedai dengan muka senyum hehe. 


KidZania KL - Kakak Berarak & Adik Tekad Jadi Pekerja Bank





Pastu kitaorg gi chocolate factory pulak. Masa first visit dulu tak berkesempatan nak bagi kakak dan adik merasa buat coklat ni...so this time memang rezeki diaorg. Tapi macam biasa la .... adik duk luar ngan ibu .... sebab yang ni hanya untuk budak umur 8 tahun dan ke atas hehe.

Sekali lagi....adik kuciwa! hehehe. Takpe dik ... kang kakak keluar je adik 'pau' sikit coklat dia yek hehehehehe.




Bab pakai apron ni yang tak lepas-lepas lagi ni. Terlupa pulak ibu nak ngajar kakak cara ikat apron sebelum datang sini hehe. Kat umah memasak mana pakai apron ni sume huhu. Masa kat Oreo factory pun abang tu yang tolong ikatkan tali apron kakak hehehe.




Tadah coklat dalam bekas acuan .... perhhh telan ailio ibu tengok dari luar kak hehehe.




Dah penuh acuan dengan coklat letak dalam peti sejuk untuk dibekukan. Tak sampai 2 minit masuk, kakak punya coklat dah siap! haha. Ohh rupanya akak tu bagi coklat yang dah siap beku huhu. Ketuk-ketuk bekas acuan plastik tu ...tekan-tekan sikit ...dah kuar coklatnya! Yeaaaaaaa .... haha.

Keluar dari kedai adik dah stenbai nak 'pau' kakak hehe. 

Dah .. setel bab makan! Nanti aku citerkan lagi apa yang kakak dan adik buat kat sini ....... huwaargggggghhhhh *nguapserupakucingkemengantukan*


6 comments:

  1. bestkan bawak anak-anak ke sini.banyak pengalaman dan knowledge yang diorang dapat..berkembang sikit otak anak²

    ReplyDelete
  2. Macam macam benda menarik kat kidzania ni.. bagus untuk kanak2.. kadang2 org dewasa pun boleh timba ilmu sekali

    ReplyDelete
  3. bila tengok kakak-kakak pergi Kidzania, tak sabar nak bawa Ash pula...he he he... Ash cepat besar pleaseeee....

    ReplyDelete
  4. seronok bawak anak anak ke Kidzania, learn while u play, best!

    ReplyDelete
  5. wah bestnya tempat ni kak..x pernah dgr dan pergi lagi.. boleh buat pengalaman ni masuk tempat2 mcm ni.hehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?