Saturday, April 25, 2015

# Story Kenit

Setelah Sekian Lama .... Masjid Jamek


Assalamualaikum!

Ngantukkkkkkkkkkk! Dua hari marathon pergi event ... memang terasa kepenatannya! Habis longgar lutut segala berjalan kaki semalam. Mujur la hari ni kem bistari solat kakak dibatalkan. Memang terbongkang ibu dibuatnya ...! Ni pun baru bangkit tadi setelah makan nasi kari kambing kat Restoran Kari Kepala Ikan Kg. Pandan. Bapak mahal .... ! Paling aku tak boleh hadam ... nasi goreng ayam dia ketuk sampai sembilan ringgit setengah! Tobat aku takmo po dah sana lagi ....!

Malam tadi memang aku dah pengsan awal dah. Memula tengah syok layan Rambo 4 kat tv2 ... bila iklan pi tukar Spiderman tv3. Tengah dok syok tu, aku tak perasan masa bila aku terlelap ... dan akhirnya tv yang syok tengok aku huhu.

Bercerita pasal event yang aku pergi semalam ... kat Masjid Jamek. Dah bertahun lamanya aku tak jejak kaki di situ. Situ antara tempat yang sesak yang ramai orang selalu dan memang aku takmo pergi kalau boleh. Tambah kalau gi jenjalan sorang-sorang .... memang takkan pergi! Tapi disebabkan aku ada event di sekitar situ, maka aku beranikan diri jugak la.

Opkos aku tak berani gi sorang, plus aku tak tahu pun tempat event tu kat mana actually haha. Mujur ada kawan tolong teman dan tunjukkan tempatnya, takda la aku melopong tercari-cari di tengah orang yang ramai! 

Balik dari event, aku balik sorang. Nak pergi je ada masalah sebab tak tau nak belok mana hehe. Balik tu kira ok dah ...siap boleh 'cuci' mata lagi tengok orang menjual kat situ hehe. Serius!!! memang rambang mata dibuatnya ..! Dah la kat event tu aku dok menahan 'nafsu' tengok kain dan tudung-tudung cantik! huhu ....




Time nak pergi, aku tak usha sangat barang kat situ. Laju je jalan ngan kawan tu huhu. Nak kena ingat lagi lorong mana nak kena lalu, kang kalau khusyuk sangat membelek barang kat situ, naya aku tak ingat jalan balik kang hehe.

Dah habis event, baru aku berani nak jalan lambat-lambat sikit tengok barang. Alaaa ... tengok dari jauh je pun. Tak masuk pun dalam kedai .... kecuali satu kedai!





Macam-macam style ada! tu aku berani berdiri kat tepi je huhu.




Ingat nak belikan kakak dan adik cekak sorang satu. Tapi memandangkan ayahnya call dah beli semalam kat Subang, maka yang ni tak perlu la yek. Tapi, cekak sini memang cantik-cantik .... insyaAllah nanti nak usha lagi la ... tuk kakak dan adik.






Eh ... macam pernah tengok je baju ni! kat mana yek ... kat mana yek ....errrrr hehe. Ni macam baju raya aaaaaaaaaa .......








Sekali ternampak kedai jual tudung ni. Memula tengok glitter shawl acik tu jual RM15 sehelai. Cantik .... tapi bajet aku RM20 je hehe. Takmo terlajak belanja, kalau tak satu kedai acik ni aku nak beli hehe. Aku bajet nak pilih 2 kaler, tapi kalau glitter shawl tu dah RM15 sehelai ... tak dapek la den nak momboli.

Sekali terpandang pulak pada shawl chiffon ni ... alamak! Harga RM10 ... cantekkkkkk! Banyak pilihan ....kaler yang aku nak ada pulak tu. Akhirnya aku amik 2 helai ... kaler hijau dan purple hehe. Sekali sekala .... reward tuk diri sendiri walaupun ia tak semahal mana.

Fuh! puas 'cuci' mata ... dalam dok tahan-tahan tu terbeli jugak akhirnya hehe.


2 comments:

  1. waaaaaaaaa.. rindu nak g jalan tar lagiii.... hehehe

    ReplyDelete
  2. lama dah tak pi... nk raya ni kena la singgah.. kononnya...

    ReplyDelete

Apa kata korang?