Breaking

Friday, May 08, 2015

Pedofilia : Bagaimana Ibubapa Boleh Melindungi Anak-anak?


Assalamualaikum!

Semuanya berpunca dari cerita seorang pelajar yang dijatuhkan hukuman di luar negara atas kesalahan menyimpan lebih 30k gambar lucah kanak-kanak .... sick!! 

Dan, yang paling 'sakit'nya ... dia turut dioffer sambung biasiswa belajar di dalam negara ... itu yang aku baca beberapa hari lepas la. Terbaru, dah ditarik balik ... good!

Walau sejauh mana aku ingin mengelak dari ambil tahu pasal ni, hakikatnya aku tak boleh lari lagi! Ini kes serius ... nak tak nak kena cakna ... kena alert dengan orang di sekeliling kita. Ingat lagi kes adik Nurin Jazlin ?...alahai membayangkannya pun sudah cukup meluluhkan T_T! Walau dah lebih 7 tahun berlalu, pelakunya masih tegak berdiri di kalangan kita ...very not good!

Hari ni, aku jumpa satu website yang mengongsikan penulisan dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil tentang isu Pedofilia ni. Aku kira ini sangat berguna untuk dikongsikan bersama supaya kita tak lagi menjadi ibubapa semata-mata tetapi pelindung kepada anak-anak kita.

Walaupun aku tidak membincangkan secara terus mengenai isu pedofilia ini dengan anak-anak, tapi bagi aku, aku perlu buat spotcheck sekerap yang boleh. Semuanya bermula dengan komunikasi. Kemudian pemeriksaan, pemerhatian dan akhirnya tindakan.

  • Tanya dia dengan siapa dia berjumpa di sekolah/di mana-mana. Kadang-kadang anak-anak ni suka bercerita tentang dengan siapa dia berjumpa atau samada ada kawan baru di sekolah
  • Jika anak mengadu pedih pada bahagian badan, periksa. Tanyakan juga mengapa jadi macam tu ...pastikan dia bercakap benar. Means, pujuk baik-baik untuk cakap yang sebenar.
  • Pastikan pakaian anak tidak mendedahkan aurat ketika berada di luar rumah. Pakai baju yang menutup aurat dan jangan halang kalau mereka nak pakai seluar panjang dan kain sekali
  • Sentiasa ingatkan anak-anak jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali, jangan ambil apa-apa barang hatta ia adalah kegemaran dan FREE! Kalau ada cubaan orang tu nak pegang tangan atau mengajak ke tempat lain, anak-anak kena JERIT DAN LARI dari situ. 
  • Pastikan anak-anak berada di tempat yang sepatutnya. Kalau anak nak pergi tempat lain selepas sekolah atas sebab-sebab yang tak perlu, jangan bagi la. 
  • Ajar anak bahagian badan mana yang boleh disentuh dan yang tak boleh disentuh. Siapa yang boleh pegang dan siapa yang tak boleh pegang. Kena sentiasa ingatkan diaorang pasal ni.
  • Jangan biarkan anak-anak bermain sendirian, walaupun dua beradik tiga beradik. Kena ada seorang dewasa yang monitor mereka semasa bermain, terutamanya anak-anak kecil ni. Jangan harapkan abang long atau kak long yang hampir sebaya untuk jaga mereka!
  • Tapis segala cerita di tv. Hatta cerita kartun sekalipun, ajarkan diaorang yang ada certain kartun mempunyai imej yang seksi, so takmo la tengok kartun tu ...kita tengok kartun lain. Kalau drama pun sama jugak ... jangan bagi tengok, termasuklah ibubapanya sekali jangan tengok!
  • Kalau anak nak tengok kartun di youtube, ibubapa kena pantau link-link yang berkenaan. Biasa dalam banyak-banyak video kartun tu, ada terselit 1-2 video yang tak senonoh! So, jangan bagi diaorang klik video tu. Tengok kartun je. Kartun pun ada yang lucah gak tau! Pilih kartun yang 'sopan' ye

Anak-anak adalah amanah dan tanggungjawab kita semua. Tak tercapai dek akal aku bagaimana seorang kanak-kanak bisa dibayangkan sebegitu rupa. Nauzubillahiminzalik ....!

Melalui Noor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect Consultancy, ada dikongsikan bagaimana kita (ibubapa) boleh melindungi anak-anak dari Pedofilia. Harap info ini dapat dimanfaatkan untuk kita bersama ...


BAGAIMANAKAH IBUBAPA BOLEH MELINDUNGI ANAK-ANAK DARI PEDOFILIA?

1. Sentiasa ‘connect’ dengan anak-anak dan bina kepercayaan supaya kita menjadi tempat bercerita dan mengadu.

2. Ingatkan anak-anak kecil untuk tidak menyimpan sebarang rahsia antara anak dan orang dewasa yang lain. Pedofilia selalunya memujuk anak untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka.

3. Hentikan sifat malu dan segan untuk bercakap soal seksual dengan anak-anak. Setiap hari anak-anak kita terdedah kepada unsur seksual di media, internet, iklan, sekolah dan paling menghampakan, di muka hadapan suratkhabar utama. Rancangan TV kanak-kanak dan siri kartun juga ada yang mengandungi unsur seksual dan menggunakan bahasa yang berunsul seksual. Kita mesti bersedia dan bersifat terbuka untuk mendidik anak-anak tentang isu seksual apabila perlu. Berbicaralah mengikut kesesuaian umur anak dengan bahasa yang difahami anak.

4. Sentiasa peka dengan gerak tubuh anak-anak yang mungkin mempamirkan sebarang ketidak-selesaan atau kegelisahan. Ambil tahulah.

5. Berhati-hati dengan paparan gambar dan video anak-anak di media sosial dan internet secara umumnya. Kenalkah kita siapa ‘friend’ dan ‘follower’ kita? Gambar-gambar anak kita mungkin di antara 41 juta gambar di website pedofilia yang disebut di atas. Sekarang ini mungkin ada pedofilia yang sedang berfantasi seksual melihat gambar anak-anak kita.

6. Ajar anak kecil tentang "appropriate and inappropriate touch". Pesan kepada anak-anak lelaki dan perempuan, bahawa tubuh-badan mereka adalah milik mereka dan tidak boleh disentuh oleh orang lain termasuklah saudara-mara terdekat ataupun mereka yang berada di rumah pengasuh/nurseri/tadika.

7. Kenalpasti urusan-urusan yang membabitkan keadaan berisiko kepada anak-anak seperti membersihkan diri selepas ke tandas, bersalin pakaian, mandi dan sebagainya dan selalulah bertanyakan mereka dalam perbualan tentang siapakah yang terlibat. Contohnya, kalau tiba-tiba anak kecil bercerita bahawa pada hari ini anak penjaga yang membersihkan dirinya selepas ke tandas, atau ada orang mengambil gambar mereka mandi, anda perlu bertindak segera.

8. Ajar anak-anak teknik YELL RUN AND TELL (JERIT, LARI DAN CERITA) sekiranya mereka disentuh oleh sesiapa yang membuatkan mereka rasa tidak selesa seperti yang telah kita tunjukkan (di atas).

9. Jangan biarkan anak kecil ke tandas awam bersendirian. Iringilah anak dan tunggu sehingga anak selesai ‘berurusan’ di tandas. Kiranya kita perlu ke tandas dan anak kita berseorangan dengan kita, apa yang boleh dilakukan adalah mencari tandas awam yang mempunyai banyak unit tandas dan suruh anak kita masuk ke dalam sebuah unit tandas. Pesan kepada anak supaya terus berada di dalam unit tandas mereka yang berkunci, sehinggalah kita mengetuk dan memanggil.

10. Pasanglah parental 'control software' dan perisian saringan di komputer yang digunakan oleh anak-anak. Bersembanglah dengan anak-anak tentang bahaya ‘chat' dengan sesiapa sahaja yang dikenali di internet. Pedofilia sentiasa mencari mangsa dengan merayau-rayau di internet. Mereka pandai memujuk dan bermanis kata. Mereka juga menggunakan identiti palsu supaya mudah dipercayai oleh kanak-kanak.

11. Adakan peraturan yang mewajibkan anak-anak menggunakan komputer hanya di ruang keluarga/umum di dalam rumah. Elakkan dari membenarkan anak-anak menyimpan dan menggunakan komputer di dalam bilik tidur mereka kerana sukar untuk dipantau. Ini membuka peluang untuk pedofilia ‘masuk jarum’ kerana mereka tahu anak kita tidak diawasi.

12. Elakkan memberikan telefon pintar dengan keupayaan ber’chat’ kepada anak-anak kecil.

13. Pastikan kita kenal siapa kawan-kawan rapat anak-anak kita, begitu juga guru-guru, jurulatih dan semua remaja dan orang dewasa yang terlibat dengan anak-anak kita.

14. Jangan biarkan anak kecil ke mana-mana berseorangan walaupun destinasi yang berdekatan seperti kedai, pasar malam dan sebagainya. Pedofilia mungkin telah lama memerhatikan rutin dan gerak geri anak kita. Mereka mungkin telah pun merancang sesuatu dan hanya menunggu masa untuk bertindak jahat.

15. Bekerjasama dengan pihak nurseri/pra sekolah/sekolah anak untuk melindungi anak-anak dari pedofilia.

Sudah masanya kita buka mata dan buka hati terhadap perkara ini. Ibubapa kita dulu mungkin tak pandang sangat, tapi kita ibubapa di zaman ini perlu ambil peduli demi kesejahteraan anak-anak kita. Moga tragedi adik arwah Nurin Jazlin tidak berulang kembali ..... 

Al-Fatihah ...


9 comments:

  1. Makin lama, makin risau dengan keadaan sekarang ni, kalau dulu, orang risau dengan anak perempuan je, sekarang ni, anak lelaki pun dah kena risau. Sama risaunya dengan anak perempuan.

    Nafsu manusia sekarang ni dah makin menjadi-jadi. Makin menakutkan!

    ReplyDelete
  2. Ngeri kan skrg.. harap ibu bapa xdela mendedahkan sgt anak2 diorang dlm social network.. bdk2 kecik mmg comel... pedo mmg suka

    ReplyDelete
  3. Memang sangat menakutkan... Kat rumah saya kartun upin ipin, Pada zaman dahulu, puteri, dan mengenai haiwan jer yg saya bagi anak2 tgk.. drma melayu pun dah xtgk sangat.. hp untuk game sahaja xde connection dgn internet takut mereka tertekan menda yg x sepatutnya.. Semoga anak2 kita terlindung dari mereka2 yg x bertamadun nie..

    ReplyDelete
  4. psiko nye org macam tu.. budak2 kecik pon bernafsu.. =( nak inform babysitter jugak.. takuttt..

    ReplyDelete
  5. memuncak kerisauan kita pada anak2 ni...

    ReplyDelete
  6. saya memang kalau anak online saya dok je tepi dia..kena terangkan apa yang elok dan tak elok..anak2 ni macam span otak diaorang..nampak dan serap..bahaya kalau tak pantau..

    ReplyDelete
  7. mungkin dkt negara kita dh lama brlaku cuma xdidedahkan atau xdipandang serius... kalau dkt luar negara pekara mcm pedofilia nih memng satu jenayah yg cukup kejam.. masyrakat mereka sudah lama didedahkn dgn jenayah ini...

    ReplyDelete
  8. Zmn teknologi lgi lh kna pntau.. Mak bapak pun jgn asyik sgt dok ltak gmbr ank2 kt internet...

    ReplyDelete
  9. bahaya kan zaman sekarang. dgn kanak2 pun nak buat dajal. ishhh

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.