Biskut Raya 2015 : SEMPERIT HAZEL NUT & COKLAT

Friday, June 19, 2015


Assalamualaikum!


Tak lengkap rasanya kalau biskut raya takda rasa coklat kan! Tambah kalau biskut tu boleh cicah dalam limpahan pekat coklat yang berkilat-kilat ...perghhhh! Resepi seterusnya ni, memang mudah untuk diikuti. 

Jom chef-chef muda ... kita mulakan sekarang! ^^




SEMPERIT HAZEL NUT & COKLAT

Bahan-bahan :

200gm SCS Mentega Bergaram
75gm Gula Aising
1 biji Telur Kuning
1/4 sudu teh Esen Vanilla
140gm Tepung Gandum
80gm Serbuk Kacang Hazel
60gm Tepung Jagung
100gm Tepung Kastard
150gm Kacang Hazel (atau mana-mana sos atau sapuan kegemaran, dihidang)

Cara-caranya :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur kuning dan esen vanilla.

2. Campurkan tepung gandum, serbuk kacang Hazel, tepung jagung dan tepung kastard. Mengguli sehingga menjadi doh.

3. Masukkan doh ke dalam "piping bag". Paipkan doh dengan jalur panjang kira-kira 4cm.

4. Bakar pada suhu 160°c selama 15 minit atau sehingga masak.




Mmmm ..nyummm nyumm. Sedia dicicah ke dalam coklat lembut penuh berkrim! Semperit Hazel Nut & Coklat ni memang kegemaran kakak dan adik. Kalau dapat sebalang, malam tu jugak dihabiskannya! Tak sempat tunggu pagi Raya hehehe.


Selamat Mencuba!
^^

You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. Betul tu kak.. tak lengkap kuih raya kalau tak ada cokolat.. hahaha nanti nak try resepi ni

    ReplyDelete
  2. Fuhh.. dah nampak kuih raya dah ni.. mmg sedap tu. Silap2 tak sampai raya dah habis klu tak dikawal.. sedap buat mengunyah lepas terawih tu.. :) :)

    ReplyDelete
  3. Slm ukhuwah..cantk blog sis..sy dtg singgah n follow...btw, fuh, teringin plak tgk hazel nut cokelat ni..hee

    ReplyDelete
  4. hmmmm...
    ntah bila aida nak buat kuih sendiri ni hu hu hu ???

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak . mcm mana yer nak dapatkan sos coklat ? atau ada bahan utk bancuhan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, sos coklat boleh guna chocolate bar yang dicairkan bersama mentega dan sedikit susu pekat. Atau cik boleh google untuk resepi lain :)

      Delete
    2. choc bar mcm brand cadbury tu ke kak ? bukan coklat masakan kan..

      Delete
    3. choc cadbury tu pun boleh ...lagi sedap hehe. Choc masakan pun boleh sebenarnya, cuma kena tambah susu ngan mentega untuk kasi cair dan berkilat sikit la ....wallahualam :)

      Delete
    4. kalau kata guna choc masakan nanti bila sejuk mesti choc mengeras kan . hehe.. ni dok try gugel ada yg pakai serbuk koko . mcm sis sendiri guna choc bar masakan tu ke ? maaf yer byk pertanyaa

      Delete
  6. serbuk koko pun boleh juga. Sis amik resepi sos coklat ni, saya dah gugelkan tuk sis hehe

    SOS COKLAT

    Bahan-bahan:

    1/2 cawan serbuk koko - ayak
    1 cawan gula
    2 1/2 cawan air @ susu cair - pilih salah satu
    1/2 cawan tepung jagung
    2 sudu besar marjerin/ minyak jagung

    Penyediaan :

    1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan masakkan atas dapur dengan api kecil. Sentiasa kacau

    2. Topping dah sebati dan nampak mula pekat bolehlah tutup api dan terus kacau. Sejukkan dulu sebentar sebelum digunakan.

    Sumber : Dapurmamasya

    Sharing is caring hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiuu ya kongsi resepi nih . Boleh la try nanti .

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM