ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, June 02, 2015

Kakak Dan Adik Dah Ready?


Assalamualaikum!


Dah tiba masanya untuk kakak dan adik 'berpisah' tempat tidur dengan ibu dan ayah. Dan, dah tiba masanya untuk kakak dan adik dapat bilik sendiri. Untuk itu, ibu dan ayah dah sepakat untuk kemaskan bilik satu lagi. 

Kakak dah 8 tahun masa ni dan adik dah 6 tahun. Memang sedang elok la ada bilik sendiri pun. Senang bila dah ada ruang sendiri, dan yang penting untuk privasi serta menjaga adab. Takkan la kakak dan adik nak kongsi bilik depan tu dengan ibu sampai besar ...huhu.

Dan, sebenarnya bila dah ada bilik sendiri baru diaorang tahu untuk menghargai satu sama lain. Kalau tak ... asyik nak 'bertumbuk' je la! Kering darah mak incik dok teriak hari-hari huhu. 




InsyaAllah ... sikit lagi nak setel kemas bilik kakak dan adik ni. Tinggal nak pasang langsir dan susun dalam almari baju. Lepas ni, belajar dan tido dalam bilik. Tak perlu duduk dalam bilik kecil tu. Meja belajar pun dah ada, nanti ibu belikan kerusinya. Boleh kakak dan adik belajar di meja yang sama. Bila dah duduk dalam satu bilik, banyak benda yang diaorang akan berkongsi ... nak tak nak kena kongsi, takda istilah kakak punya atau adik punya.

Siapa paling banyak kemas bilik baru ni? Opkos ayah ... kudrat nak kena kuat untuk kemas dan angkat benda berat. Kalau harap ibu yang buat ... mungkin yang dapat hanya bersin dan selsema je nanti haha.

Hurmm ... tapi ada benda yang sedikit mengganggu perasaan ibu. Lepas ni takda la yang nak tido berkepit bawah ketiak ibu setiap malam .. takda sapala yang nak berebut tido sebelah ibu macam dulu-dulu huhu. Bersediakah aku ....?

Hurmm ....! >.<


0 pengomen comel:

Post a Comment

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.