Mereka Atau Kita Yang Tak Reti Bahasa?

Sunday, June 21, 2015


Assalamualaikum!



gambar hiasan

Pengalaman aku berinteraksi dengan mamak di kedai roti canai sebelum ni membuatkan aku serik nak bercakap bahasa Melayu! Tak mungkin orang tempatan tak reti bahasa Melayu kan! Diminta air suam tapi yang sampai air panas berasap! Diminta mi taknak sayur yang sampai mi ada sayur ...hehehe. 

Barangkali dia India pure kot ho .... India sana mari.

Baru-baru ni aku bertembung lagi dengan seorang warga asing ... kali ni dengan pak guard. Semalam lepas habis event aku ingat nak solat Maghrib sebelum pulang ke rumah. Pergi kat kaunter, pak guard yang dicari takda. Rupanya sedang amik angin di luar huhu ...

Cerita selanjutnya ... bawah ni




Hahaha ...apa macam? disebut prayer room tak faham ...disebut SURAU baru faham. Barangkali betulla cakap kawan aku, dia memang dah hafal perkataan 'SURAU' instead of prayer room hehe. Aku bukannya nak bermegah dapat speaking london punn .... dah tengok muka memang bukan orang tempatan ..timbul dalam hati tu rasa mamat ni tak faham kot aku cakap Melayu...huhu.

Apapun, BIG lesson for me. Bukan niat nak memperkecilkan bahasa ibundaku ...jauh sekali nak bermegah-megah dengan bahasa omputih .... tapi mamat guard tu memang saje nak pekena aku agaknya!! hehehehe .....

Selamat berhujung minggu .... ^^


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. Hahaha itu kira okay lagi kak faham. Ena pernah jumpa yang dua2 bhs dia tak faham.. Jenuh nak menyebut.. Stresss macam mana dia boleh berkerja kat Malaysia

    ReplyDelete
  2. Pernah juga la terjadi kat saya dulu. 1st tgk mcm tak boleh cakap melayu. Try ckp omputih tp tak fhm gak. Last2 ckp melayu, terus orang tu ckp melayu...hahaha.

    ReplyDelete
  3. oic gitu ekk...
    aida pun kekadang ckp english.
    ye la sebab dia kan foreigner ha ha ha...
    ok ok.. kita ckp bm aje la ye.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM