Bazar Ramadhan Bagan Serai

Wednesday, July 15, 2015


Assalamualaikum!


Kunjungan pertama kami di Bazar Ramadhan Bagan Serai petang tadi. Ingatkan depa masih berniaga di stesen bas Bagan Serai nu ... tak tau la pulak depa dah pindah kat market Bagan Serai nuuuu hehehe. 

Pak Jelan dengan selamba badak penuh konfiden nak masuk parking awam kat tepi stesen bas ...mujuq mak jerkah, "eh ang nak masuk keta kut mana ni Lan ....?". "Sini la mak ...bazar kat depan tu ja kan..?". "Eh, depa pindah dah buat kat market sana tuuuuu .....lama dah aihh depa pindah sana. Aku ingat ang tau, tu aku pelik pasaipa ang nak masuk kete kut sini" hahahaha .... kan dah terkono! Nampak sangat dah lama tak balik kan bangggggg hehe.




Walaupun tinggal sehari je lagi nak posa, tapi Bazar Ramadhan Bagan Serai masih dikerumuni umat manusia! Kami syak anak-anak semua pakat balik kampung, bawa mak pak pi membeli kat sini. Toksah masak ...biaq anak-anak belanja mak pak nak makan apa hehe ...



Tudiaaaa ...ramai ngat orang! 




Gerai pertama kami singgah, Haleem Nasi Kandar. Mak beli nasi briyani kosong satu, sotong 3 ekoq harga semua RM8. Kira murah dah la kat sini ... kena kat KL, sotong saja pun dah RM10!




Pastu kami singgah sini sat, nampak asam pedas ikan pari ni macam menyelerakan je!Berapa ringgit ... aku dah lupa hehe. Pak Jelan cakap boleh tahan gak asam pedas dia, aku ja yang tak terai lagi. Sat gi nak terai la!




murtabak tak dilupa ... mana-mana pun murtabak jugak yang dicari hehe





Hat ni aku teringin pulak! Tengok dia punya daging besaq-besaq, naik geram aku nengok hehe. Tapi memang sedap pun ...puaih la!




Masa ni aku kena tinggai dah ngan Pak Jelan dan ibu mertuaku ...hohoho! Lama ngat tunggu kebab tu tadi ...tu yang kena tinggai tu hehehe. Pastu aku mai sini pulak, tergoda tengok kuey tiow kerang diaaa baq hang! Budak muda meniaga ...pastu ramai pulak yang beratuq, tengok dalam kawah dia baekkk punya baru goreng. Apa lagi .... kasi dua takmo cabai ya dik! ^^



Kuey tiow kerang kan feveret aku .... dua ringgit plak tu! Banyak pulak tu! Tapi yang penting ....sedap baq hang! Tak sesia aku tunggu lama situ hehe...

Last yang aku beli sup daging campuq RM5. Tapi tak dan nak makan lagi, Pak Jelan cakap tawaq! Takpa ..sat gi aku nak try makan ngan nasik.

Sekian saja laporan dari menantu ke-9! muehehehehe ~



You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. Owh sudah pindah yer, dulu dekat lorong ada kfc tu kan...

    ReplyDelete
  2. Meriahnyaa bazar kat sana.. Ena esok nk pergi bazar kat tg.malim ni.. tak tahu masih meriah ke tak

    ReplyDelete
  3. adoiiii...nape la lambat buat post ni?...ntah ade atau tak esok...tp mcm menarik je bazar kat sane :-)

    ReplyDelete
  4. Meriah benau bazarnya.. hari ni last bulan puasa, mesti lagi meriah ni//

    ReplyDelete
  5. Murahnya kueyteow kerang tu RM2 ja!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM