Berbohong Untuk Displinkan Anak

Saturday, July 25, 2015


Assalamualaikum!


gambar hiasan

Akan datang suatu masa nanti, ibubapa macam kita ni bakal berhadapan dengan situasi yang boleh menyebabkan kita jadi serba salah! Bagi ibubapa yang ada anak-anak yang masih belum pandai bercakap, mungkin inilah masanya korang kena persiapkan diri supaya nanti bila anak tanya soalan pelik-pelik, korang tak pening kepala nak jawab! huhu.


Sebagai orang yang lahir dalam kelompok generasi tahun 80an, apa saja yang orang-orang tua cakap dulu kita ikut. Takda soalan cepumas tanya kenapa itu dan ini. Tak reti pun nak tanya. Kalau mak cakap tak elok nyanyi kat dapur nanti dapat suami tua, kita pun tak berani nak menyanyi dah pas tu kan haha. Mak kata tak elok anak dara duduk kat anak tangga, nanti lambat dapat jodoh berani lagi ke ko nak duduk kat situ lepas tu? haha. Takda bantahan langsung dari anak-anak kerana yang bercakap tu adalah mak kita, pak kita, orang-orang tua di sekeliling kita turun menurun dari zaman nenek moyang memang dah di'gazet'kan begitu .... huhuhu

Berbalik kepada kes yang aku hadapi dengan anak dara aku semalam, balik dari sekolah agama masuk dalam kereta terus dia tanya,"buu ...betul ke kalau kita naikkan kaki masa kita meniarap tu nanti mak kita mati cepat?"

Aku tanya balik,, "siapa cakap?"

Dia balas, "kawan kakak ...." 

Aku balas balik, "Ishhh ...mana ada gitu kak"

Pastu dia cakap, "tu laa ...kakak try buat tak mati pun ...."

Hahahahaha .... amboiii siap ada 'eksperimen' nampak! Mujur dia tak tanya, berapa lama tempoh lepas angkat kaki tu baru boleh mati T__T

Jujur aku katakan, budak-budak sekarang bukan macam kita dulu. Kita dulu pakai 'telan' je apa mak ayah cakap. La ni, bagila apa 'fatwa' pun, diaorang akan tanya seribu satu soalan kenapa begitu kenapa begini sampai diaorng puas hati! Aku dah kena banyak kali dah ... T_T

Masalah di atas tu, macam mana nak kasi diaorang faham? Kita faham yang mak-mak kita cakap begitu dulu untuk displinkan kita sebenarnya. Meniarap sambil angkat kaki begitu memang tak manis dipandang orang, jadi nak bagi anak tu tak buat lagi mungkin perlu diselitkan dengan cerita rekaan supaya mereka takut tak buat lagi. 

Lagi satu, budak sekarang ni dah faham yang kalau diaorang tak angkat kaki pun mak ayah akan mati jugak satu hari nanti. Semua orang akan menemui ajalnya tinggal lagi cepat atau lambat je. Dah kalau anak-anak kita dah faham konsep bahawa Allah Yang Maha Berkuasa mematikan orang, BUKAN sebab kita angkat kaki, acaner lagi nak 'ngelat'?

So, jalan terbaik berhadapan dengan permasalahan yang mengelirukan anak dara aku ini adalah dengan menjelaskan yang sebenarnya. Senang citer, perlakuan angkat kaki tu memang tak manis dipandang apatah lagi ia dianggap macam takda adab hatta dalam rumah sendiri sekalipun. Barulah dia diam sekejap hahaha. Faham dah tu ...insyaAllah. Kalau aku teruskan juga dengan 'teori' angkat kaki nanti ibu mati, memang lagi lama la aku kena berhujah dengan si kecil tu huhu.

Apapun, pengajarannya jangan sesekali kita berbohong dalam mendisplinkan anak-anak. Aku tak mahu 'teori' sebegitu menjadi satu cara hidup membesar dan mendidik mereka. Tak mahu terapkan pemikiran bahawa kita kena berbohong untuk elakkan diaorang tidak mengulangi benda yang sama. Kita ajar anak supaya jangan cakap bohong, tapi dalam masa yang sama kita pulak yang membohongi mereka ..... matlamatnya?? 

Perbincangan dan penjelasan itu lebih memberikan impak yang baik untuk anak-anak. Ia mungkin mengambil masa untuk menjelaskannya tapi tak rugi kalau kita mencuba .... insyaAllah. 



You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. Betul, budak budak skarang makin bijak

    ReplyDelete
  2. setuju2..bebudak zaman sekarang kena gtaw direct je..xpayah tipu2..haha

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan Hanim.. anak2 sekarang punya soalan boleh buat kita terkedu nak menjawab.. Yang paling tepat adalah jawab dengan betol.. Jawapan orang dulu2 memang dah x boleh digunakan lagi..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM