Projek Biskut Raya 2015 - Almond London

Friday, July 03, 2015


Assalamualaikum!


Nak membuatnya pun tak sukar sebab hanya perlu gentel, bakar kemudian celup dalam coklat cair dan siap untuk dingapp! hehe. Istimewanya Almond London ini, ia menggunakan kacang badam yang dipanggang. Memang kalau siapa suka kombinasi kacang badam dan coklat, inilah biskut raya yang tepat untuk raya anda! ngeeee :D

Secara peribadi, Almond London adalah kegemaran aku juga. Tambah kalau kita buat sendiri boleh celup berapa tebal coklat kita nak hehe. Jom la kita try resepinya pulak! ^^



ALMOND LONDON

BAHAN-BAHAN

250gm butter/mentega (aku guna Buttercup)
100gm gula perang
450gm tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
20gm Nestum
1 sudu besar madu lebah (madu makan biasa pun boleh)
1 sudu esen vanilla
2 sudu susu tepung (apa-apa brand pun boleh, aku guna Fernleaf)
1 biji kuning telur

HIASAN 

Coklat masakan
Badam hancur
Papercup


CARA-CARA 

1. Panggang kacang badam dalam dulang pembakar pada suhu 145°C selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk. Kemudian belah kacang badam menjadi separuh (belah ia secara memanjang). Nak guna sebiji tu pun boleh, tapi nanti almond london korang jadi besar dan kembung la hehe. 

2. Putar butter, gula perang, esen vanilla, Nestum, madu lebah diikuti susu tepung sekali dalam satu bekas. Masukkan kuning telur dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Putar sehingga adunan tadi sebati dan menjadi doh.

3. Gentel doh bersama badam yang telah dipotong separuh menjadi lonjong atau bentuk bujur. Jangan gentel terlalu besar nanti nak celup coklat akan melimpah dalam papercup. Susun dalam dulang pembakar dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu pada 145°C selama 25 minit dengan api atas bawah.

4. Dulang pembakar dikeluarkan dari oven dan dibiarkan sejuk sekejap. Sementara itu, cairkan coklat masakan dengan cara didihkan kuali leper dengan air, masukkan periuk kosong dalam kuali tu dan letak coklat didalamnya. Kacau perlahan coklat tu sementara ia mencair. Dah siap, tutup api dapur.

5. Untuk salutan coklat, celup biskut almond london tadi menggunakan penyepit kecil dan letak dalam papercup. Taburkan badam kisar di atasnya , ulang proses salutan sehingga kesemuanya siap. 

6. Almond London yang dah dicelup dan ditabur badam kisar tadi, dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 1 minit untuk mengeraskan coklat tadi. Kemudian ia siap untuk disusun dalam balang atau terus dimakan! 







SELAMAT MENCUBA! ^^

You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Biskut paling femes setiap hari raya.. hehehe.. anak buah ena memang suka kuih ni..

    ReplyDelete
  2. tak nak resepiiiii nak yang dah siap sebalang huwaaaaa.a.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha amboiii nak cepat aje dia ye...buat dulu ni baru dapat sebalang haha :D

      Delete
  3. Sedapnye...rajin nk mkn je...tp buat malas

    ReplyDelete
  4. sgt nak mencuba, hanim...
    takde masa !!! hu hu hu...

    ReplyDelete
  5. rajinnya buat juih, kita langsung tak de masa nak buat la tahun ni

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM