Projek Biskut Raya 2015 - Marmar Carrie

Thursday, July 02, 2015


Assalaualaikum!


Tahun 2015 merupakan titik permulaan untuk aku buat biskut raya setelah 4 tahun 'berehat'. Kalau boleh tiap-tiap tahun nak buat biskut raya sendiri, tak mo bergantung pada biskut tunjuk tunjuk ni. Walaupun itu memang perancangannya .. tapi masa akan datang kita takkan tahu kan huhu.

Masa aku buat biskut ni, mak sempat bercerita time dia dulu kalau nak belajar buat biskut ni takda orang nak ajar. Yang tak sudi nak share ilmu pun ada, sanggup buat sorok-sorok, so mak belajar buat kuih dulu pun melalui pemerhatian sendiri. Balik rumah salin semula bahan dan resepi tadi kemudian baru try buat sendiri. Kiranya zaman kita ni lebih beruntung sebab senang sangat nak dapatkan resepi, tinggal lagi rajin ngan tak rajin je nak buat kan hehe. 




BISKUT MARMAR CARRIE

BAHAN-BAHAN :

300gm butter/mentega (aku guna Buttercup)
100gm gula aising 
100gm tepung jagung
500gm tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
1 sudu esen vanilla
2 biji kuning telur (ambil yang yang kuning je. Yang putih jangan buang, nanti boleh guna untuk aising)
2 sudu susu tepung (apa2 brand pun boleh, aku guna susu Fernleaf)

HIASAN :

2 biji putih telur (lebihan telur yang diasingkan tadi)
220gm gula aising
1 sudu tepung jagung
Pewarna koko




CARA-CARA :

1. Putar butter dan gula aising sehingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla dan kuning telur, putar lagi. Masukkan pula susu tepung, tepung jagung dan tepung gandum secara beransur-ansur dan putar sehingga sebati. Masuk sikit-sikit tau.

2. Bila kesemua bahan dah dimasukkan, putar sekali lagi pada kelajuan sederhana sehingga sebatian menjadi doh yang siap untuk diuli. Guna acuan berbentuk 'love' atau apa saja acuan mengikut kesukaan korang. Aku suka guna bentuk 'love' ni sebab nanti nak kena lukis di atas biskut, so perlukan sedikit ruang disitu. Tekan acuan pada doh tadi mengikut ketebalan yang sesuai dan susun dalam dulang pembakar. Terlalu nipis pun tak nampak gebu, terlalu tebal pun tak nampak cantik. So, tebalnya sederhana je la ye agar bila dah dibakar nanti nampak 'terletak' cantik gitu.

3. Untuk hiasan di atasnya, putar putih telur bersama gula aising dan tepung jagung dalam bekas lain. Putar sehingga sebati dan putih gebu. Ikutkan pengalaman, aku putar selama 15-25 minit. Sebab nanti bila kita sapu aising atas biskut, kita takmo aising tu tumpah atau cair.

4. Dah siap aising, gunakan jari telunjuk dan colek sedikit aising dan disapu rata atas biskut tadi. Sapuan rata dan tebal sikit tapi jangan sampai melimpah aisingnya. 

5. Kemudian, untuk melukisnya pula ambil dua sudu aising dan campurkan dengan pewarna koko dan kacau ngan lidi. Kalau takda pewarna koko boleh guna pewarna apa yang korang suka. Macam aku, aku guna pewarna coklat aritu. Celupkan lidi ke dalam aising berwarna coklat tadi dan mula melukis atas aising putih.

6. Nak lukis corak ni senang, lukis tiga garis melintang kemudian tiga garis menegak diatasnya. Boleh jugak buat corak dahan atau apa corak yang disukai.

7. Dah siap lukis, bolehlah biskut tadi dimasukkan ke dalam oven yang telah pun dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu pada 145°C selama 25 minit. Setelah masak, bolehlah dibawa keluar dulang pembakar dan dibiarkan sejuk sekejap sebelum boleh disimpan dalam bekas.




SELAMAT MENCUBA!^^

You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. tq hanim, nanti ley cuba. Ni biskut faveret ni

    ReplyDelete
  2. Perghhhhh terbaiklah kak... boleh tahan resepinya... rajin betul akk

    ReplyDelete
  3. kuih buat sendiri lebih sedap

    ReplyDelete
  4. rajinnya hanim.. baguslah!
    puas hati buat aendiri kan..

    ReplyDelete
  5. aida kagum :)
    tahniah... tu aje aida boleh komen.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM