Bosan Asyik Kena Tipu Dengan Peniaga Bazar!

Friday, July 03, 2015

Assalamualaikum!


Banyak kali dah terkena..! Sejak dari itu aku serik dah nak beli kat tempat yang sama. Hari tu murtabak...pastu semosa dan kelmarin popia goreng pulak!

Luaran nampak memang sempurna! Cukup 'layak' dengan harganya..! Tapi bila aku gigit...??? hampa gilerrrr tau dak! Boleh buat orang menyumpah sebab kena tipu camtu je. Hari tu...beli semosa daging kat satu gerai ni, ada daging .... ada ayam punye. Tapi yang peliknya bila aku kunyah seketul daging haram nak ada! Ayam..daging...sama je rasanya!

Bosan kena tipu banyak kali! Dah la orang politik pun kuat 'mengencing' rakyat, ini peniaga bazar pun nak tipu duit orang biasa macam kami. Terus aku palang kedai tu sampai sekarang...!

Tadi aku balik lambat sangat, sampai desa pandan kul 7pm..tak cukup masa nak sediakan apa² untuk berbuka puasa. Lalu aku berjalan kaki ke bazar, hajat nak cari makanan sikit. Teringat yang suami suka makan murtabak, tapi murtabak yang sebelum ni selalu beli banyak bawang dari dagingnya! Tak setara dengan harga RM3.  Aku cuba pulak beli kat satu gerai lain ni...harga yang sama dan kelihatan agak tebal dari biasa.



Bila Pak Jelan makan dan rasa sendiri ... inilah baru pertama kali aku tengok dia begitu puas makan! Benda lain tak nampak dah, dia hanya makan murtabak tu je. Rupa-rupanya murtabak daging tu memang betul penuh dengan daging! Kalau gigit tu ...memang tak rasa bawangnya, seolah-olah dia tak letak bawang langsung tapi daging ngan telur je!

Harga sama ...bentuk pun sama, tapi kenapa peniaga ni boleh jujur meniaga sedangkan murtabak yang sebelum ni hanya rasa bawang aje ...! Alhamdulillah ... puas tengok tok laki makan penuh berselera. Ini baru betul MURTABAK sejati!


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. alhamdulillah :)
    payah nak dpt yg sedap kat param, hanim :( sedih kan?

    p/s : hanim, post entry kat blog aida ~ nama & alamat. aida nak bg kad raya kat semua gmbm :) segera ye. harap sudi dpt kad raya kecil dari aida :)

    ReplyDelete
  2. pernah jugak kena camni bila membeli kat bazar..
    sebab tu lebih suka masak sendiri dr beli.. puas hati makan!

    ReplyDelete
  3. Saya pun pernah terkena ..beli sata yang dah basi. So tahun ni tak pergi pasar ramadhan, pergi kedai /restoran yang dah biasa beli dan dah tahu rasa dia bagaimana.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM