Buka Puasa Hari Ke 21

Thursday, July 09, 2015


Assalamualaikum!


Buat pertama kalinya aku rasa bahagia semalam sebab ... kami tak jejak kaki langsung ke bazar ramadhan ... haha. Sampai rumah dalam pukul 6.15pm .. lebih awal dari biasa walaupun Federal trafik sesak luar biasa!

Pak Jelan tanya nak gi bazar ke tidak, aku dengan tegas menjawab 'tidak' ... takmo gi bazar! Nak masak pulak ..! Kembang tekak asyik membeli je. Makin menipis dompet dah ...ni nak balik kampung lagi ni ... kang melopong masing-masing tak lepas nak bayar tol hehe.




Sementara aku memasak di dapur, si sulung aku ni ada caranya yang tersendiri untuk menghilangkan rasa penat dan stres setelah seharian berada di sekolah! Dia keluarkan buku mewarna dan set pensel kaler yang dimenanginya dulu dalam pertandingan mewarna.

Tekun dia mewarna ... takda siapa berani kacau hatta adik dia hehe. Inilah antara hobi dia di rumah ... memang dia suka menghabiskan masa pensel kaler dengan mewarna huhu. Sekarang, adik dia pun dah terikut-ikut suka mewarna heee...




Ini lukisan kakak dua hari sebelum tu. Waktu tu malam .. aku dalam bilik sebelah tengah menggentel simpul kasih untuk tempahan raya. Dia dua beradik rupanya ada 'projek' lain ... dan inilah hasilnya hehe.

Kakak dah terer lukis bunga ros, hatta ibu dulu di umur kakak pun kalau disuruh lukis bunga ros pasti gagal! Ibu tahu lukis bunga matahari je la memanjang hehe ...




Yang ni dah tentu boleh agak siapa punya kan hehe. Kakak ajarkan buat bunga ros kata adik ... ok la tu. Bulat mata dia tunjukkan hasil lukisan ni kat ibu ...hehe.




Bercakap pasal memasak, semalam inilah lauk kami sekeluarga. Sebenarnya ada lagi lauk goreng menggoreng .... telur goreng dan daging burger ayam, tapi tak sempat nak snap la ...dah habis licin dikerjakannya! Lauh suhun untuk kakak dan adik, letak fishcake dan ikan bilis.




Pak Jelan teringin nak makan ikan sardin, maka aku masakkan ikan sardin masak cincuan ni. Eh silap ... bukan aku masak tapi Pak Jelan yang masak hehehe. Sekali sekala nak merasa jugak air tangan suami kan. Dia cukup suka kuah pekat pekat macam ni. 

Sardin masak cincuan tu macam mana? Tumis bawang besar/holland dengan halia sampai naik bau, kemudian masukkan air asam jawa (ambik la dua cubit asam jawa gaulkan dengan air), pastu masukkan ikan sardin tadi dengan sos dia sekali. Kacau rata, masukkan garam secukup rasa dan siap! Aku panggil masak cincuan je ..tak tahu la kot ada nama lain ke hehe.

Hari ni? Jap ... tengah mikior ... hehe


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. anak-anak hanim ni memang kreatif...

    ReplyDelete
  2. wahhh.. ini memang kombinasi lauk kat rumah saya jugak..
    kalau ada sardin..
    mesti ada sayur suhun ni..
    letak lada hitam dan kentang dalam kuah .
    slurpp.. menjilat jari

    ReplyDelete
  3. Pandai anak hanim mewarna...cantik!

    ReplyDelete
  4. Huishhh tetiba tengok sardin tu terliur... padahal ena ni kurang minat makan sardin

    ReplyDelete
  5. Lauk yang simple tapi cukup membuka selera...

    ReplyDelete
  6. cincuan ekk?
    baru sahur tadi aida buat.
    aida panggil sardin goreng aje.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM