Monday, July 13, 2015

# Diari Ramadhan Kenit # Menu Kenit

Buka Puasa Hari Ke 25


Assalamualaikum!




Cuti hujung minggu bermaksud masa untuk masuk ke dapur! hehe. Naik kembang tekak asyik membeli di bazar. Moh le kita masak pulak ye cik abengggg ...!

Durian ... dah lamaaaaaaa sangat aku mengidam nak makan durian! Sekali masa gi berbuka puasa kat rumah kak ipar, dia bagi aku beberapa ulas durian Batu Kurau ni. Mana mari? ... Batu Kurau mari! Tengokkan pada rupanya ...mak aihh pucat lesi! Tapi bila masuk dalam mulut ....fuh fuh fuh! sedap la baq hangg! haha. Puas laki bini makan tengah malam tadi hehe.



Menu yang tak dirancang! Dia kalau dah tekak tu rasa nak makan masa tu jugak ... masa tu jugak la kita kena masak! Petang semalam Pak Jelan teringin nau nak makan mi rebus! Terus terang aku cakap ... aku tak pandai masak mi rebus ... mungkin juga aku boleh masak tapi rasanya tak sesedap kot hehehe...

Tapi yang bestnya, Pak Jelan tahu aku tak berapa pro masak mi rebus lalu dia sendiri yang offer masuk dapur dan sediakan hidangan mi rebus hehe. Opkos takkan la aku nak tengok je kan .... bantulah apa yang patut macam hiris daging, rebus telur, lenyek kentang, kisar kulit udang blablablablabla ....




Bukanlah nak puji suami sendiri membabi buta ...tapi bagi aku kuah ini memang yang terbaekkkkk! Pekat likat sedap manis dengan rasa udangnya, dicampur pulak dengan hirisan daging dan isi udang yang ...perghhhh! hahaha ...imaginasi melampau-lampau pulak aku petang-petang ni! :p




Itu jelah juadah berbuka kami maghrib semalam. Anak-anak memula macam was-was je nak makan sanggup letak kicap je, pasal dia nampak ada cili atas mi kuning tu hahaha ...ape daaaa! Tapi bila aku suapkan sikit mi rebus ke kakak ...terus dia bulat mata dan cakap, "mmm sedap la buuu ...dik ni tak pedas sedap laaa"

Barula adik dia nak makan ngan kuah sekali ...haihhh 




Walaupun suami dah offer masak untuk berbuka, takkan la aku nak goyang kaki aje. Ikutkan hati memang malas sebab mi rebus tadi pun dah cukup menyelerakan bagi aku hehe. Tapi, kalau dia teringin nak makan mi rebus aku pun teringin jugak nak masak lauk kegemaran aku! mihmihmih ....

Sotong goreng berempah! Lagi lama sotong duk dalam peti ais tu lagi tak tenang rasa hati. Sebelum nak balik kampung, baik lah segala lauk dalam peti ais tu diperabihkan ....kalau tak .... membusuk!




Pastu sambal ikan bilis ngan petai ...kali ni buat sendiri baru menjadi hehe. Sebelum ni aku bingung kenapa ikan bilis aku jadi lemau ...tak garing macam mak masak? Baru aku tahu, rupanya lepas mak masak sambal petai tu, mak biarkan dulu ia sejuk dalam kuali baru lah mak gaulkan sekali dengan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Baru la ikan bilis tu tak lemauuuuu ....!

Pasni bolehlah masak lauk mudah ni setiap minggu ...wowwwweeeee!

Tinggal sehari lagi kami di KL ...pastu kita balik kampungggggggg! ho ho ho balik kampunggggg ....ho ho ho balik kampunggggg .....hati giranggggggg! ^^


4 comments:

  1. Untungnya husband pandai masak...heheee..tgk pun dah tau mesti sedap mee rebus tu!

    ReplyDelete
  2. Kecur doh air liur tengok menu2 yang best kat atas tu!

    ReplyDelete
  3. sedapnya mee rebus...kuah tu nampak pekat & sedap! pandai hubby u masak

    ReplyDelete
  4. Alahai...sotong tu nampak sungguh menggoda tau..memanggil2 diri ku..hahaha..

    ReplyDelete

Apa kata korang?