Corat Coret Aidilftri 2015

Thursday, July 23, 2015


Assalamualaikum!


Mood beraya masih terasa dan mood bekerja masih 'terbenam' di dasar Laut China Selatan walaupun hari ni dah masuk hari ke 7 Syawal! Tapi, hidup mesti diteruskan dan kaki perlu berpijak di bumi yang nyata kerana cuti raya memang sudah habissss! hehehe...

Tahun ni kami beraya di Perak. Kena bagi peluangla pada si suami melepaskan rindu pada keluarganya di sana, walaupun dalam hati ini meronta-ronta nak balik Melaka ...muahahaha! Anggap je la rezeki lebih bulan Ramadhan dan Syawal ni, maka dapatlah berbelanja sikit untuk keluarga hehe. 

Pening plak taip banyak-banyak ni ... jom la kita layan gambo raya sat! ^^




Memang dalam gambar ni banyak kaler orennya, tapi kami tak plan pun nak tema oren tahun ni hehe. Masa beli baju ni pun, ikut suka je masing-masing nak pilih corak dan warna apa. Malas nak ikut tema sangat ... tahun ni kita takmo skema-skema! haha



Pakwe makwe berselfie kejap depan umah sementara nak gi umah Tok Nek. Pak Jelan cakap,"ada macam Aaron Aziz tak?"..... Allahuakbar!! hahahahaha :p



Mira ajak buat mulut itik haha .... comel plak tu! :p



Awat muka ibu teruk nau tu! hahaha :p




Tiap-tiap tahun kalau beraya, mesti berkumpul di rumah Tok Nek dulu. Kat sana, semua pak menakan mak menakan dengan anak buah masing-masing akan berkumpul sambil makan-makan. Memang dah jadi tradisi ... 



Sesi bersalaman dan amik duit raya paling best! Best untuk bebudak je la hehe



Pak menakan mak menakan sibuk berborak, ini dua beranak sibuk berselfie hahahaha. Nak menyampuk orang tua berbual tak reti! Kita orang muda .... diam dan senyum je la hahaha :D




Fakri (baju ungu), abg Syapik (baju merah) dan abg Ikmal (baju kelabu). Semua ni anak menakan kami. Yang baju hitam tu .... Allahuakbar tetiba aku lupa ingatan pulak kat dia ni hahaha! Tak ingat la weh .... tapi dia adalah pak menakan kepada tiga orang budak ni hehe 




Kakak dan adik. Tak menyempat nak gi main dah masa ni. Tu yang tak berapa nak senyum amik gambar tu hehe



Ibu dan kakak


Haaaa tu la cerita kami di pagi raya hehe. Sempat beraya sebiji rumah je, pastu balik rumah sambung makan dan tido haha. Tunggu tetamu plak datang. 



You Might Also Like

6 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM