Monday, July 13, 2015

# Event # Guardian

Guardian Meraikan 100 Anak Yatim Di Sesi Beli Belah & Buka Puasa!


Assalamulaikum!




Bulan Ramadhan bulan yang penuh rahmat dan kasih sayang. Jika Allah mengurniakan kasih sayangNya melalui turunnya bulan Ramadhan, kita sebagai manusia pula harus menyebarkan kasih sayang dan kegembiraan bersama mereka yang kurang bernasib baik.

Untuk tujuan itu, peruncit kesihatan dan kecantikan Guardian Malaysia menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat dengan temanya tahun ini, Beramal Bersama Guardian,  tidak melepaskan peluang untuk melayan 100 orang kanak-kanak dari tiga buah rumah kebajikan sekitar Lembah Klang untuk persiapan Hari Raya yang bakal menjelang. 




Seratus kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 19 tahun adalah dari Yayasan Chow Kit Kuala Lumpur, Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong dan Rumah Safiyyah Shah Alam telah diberikan kesempatan untuk membeli belah dan berbuka puasa bersama Guardian dan pihak media bertempat di Giant Hypermarket, Bandar Kinrara.

Melalui Penolong Pengurus Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Farahani Failul Rahman berkata, "Selain menyajikan kanak-kanak ini dengan keseronokan dan kegembiraan sesi membeli belah dan sesi buka puasa, kami berusaha untuk mendidik kanak-kanak dan para remaja ini memikirkan mengenai penjagaan kesihatan dari usia yangm uda. Mendidik mereka mengenai fakt-fakta nutrisi dan pentingnya penjagaan kesihatan akan menyiapkan mereka ke alam dewasa."




Penjagaan kesihatan terutama di dalam bulan Ramadhan sangatlah penting, dan untuk itu anak-anak dan remaja ini telah diberikan penerangan lengkap oleh Penasihat Kesihatan Guardian, Aishah Yunos. Beliau berkongsi info melalui perbincangan interaktif mengenai kesihatan dan nutrisi. 

Antaranya, kanak-kanak secara semulajadinya sangat menggemari makanan ringan kerana ianya mempunyai pelbagai perasa dan enak dimakan. Namun, pemakanan sebegini perlu dikurangkan sebaliknya pengambilan makanan yang seimbang dari segi nutrisi perlu dititiberatkan agar tubuh badan kekal sihat dan cergas sepanjang Ramadhan.




Tekun adik-adik kita mendengar penerangan tentang pemakanan sihat 


Alhamdulillah, adik-adik kita dapat banyak ilmu hari tu. Siap ada kuiz pendek lagi untuk mereka dan yang berjaya menjawab dapat hadiah hehe. Apapun, yang penting info yang dikongsikan oleh kak Aishah kita harap dapat dipraktikkan oleh adik-adik kita dalam bulan Ramadhan ini dan juga selepas Hari Raya.

Memang makanan ringan sedap rasanya dan menarik dipandang, tapi ia juga boleh mengundang bahaya terhadap kesihatan kita jika tidak dipantau. Kurangkan makanan berlemak dan ringan mulai hari ni dan amalkan makanan yang sihat dan bernutrisi ye adik-adik :)

Seterusnya, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh adik-adik kita! Shoppinggggggggggggggggggggggg ...hehehe. Siapa yang tak seronok nak membeli belah ye dak. Tambah pula, mereka berpeluang membeli belah di dalam Giant Hypermarket hari tu, macam-macam ada untuk keperluan raya mereka!



alololo comeinya adik-adik kita ni, beratur dulu ye sayang ....kasut pun segagan je hehe :D






GAMBAR SHOPPING



Dah selesai membeli belah, tibalah masa untuk berbuka puasa. Suasana meriah dan kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak ini tatkala masing-masing memiliki barang keperluan untuk raya nanti. Alhamdulillah syukur ...



Muka kakak macam nak 'makan' je abang baju hitam tu hahaha. 
Gamaknya abang tu potong barisan, kawan tu dah la lapar kan hahaha. 
Sabar ye nak ... :D







Sebelum pulang, kenangan bergambar bersama adik-adik comel ni. Walaupun aku takda dalam gambar ni, tapi anggap je la aku ada ye hahaha. Sebak pulak melihatkan wajah-wajah suci anak-anak kecil ini ... betapa beruntungnya kakak dan adik yang masih punya ibu dan ayah, dapat beraya bersama orang tersayang sedangkan mereka .....

Moga kalian jadi anak-anak yang solehah sentiasa mendoakan ibubapa ye.

Terima kasih Guardian Malaysia kerana menjemput aku dan keluarga merasai pengalaman berbuka puasa bersama anak-anak terpilih ini. Moga usaha murni ini diteruskan setiap tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.guardian.com.my


Camat Aghi Ghayer! ^^


4 comments:

  1. nak backlink free ? sila tinggalkan link di page BLOG SYIRA LOKMAN :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, syukur, anak-anak yatim dapat berbuka puasa dengan gembira dan sempurna...

    ReplyDelete
  3. moga Allah gembirakan anak2 tu segembira yg boleh, kan ?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. semoga anak-anak ini dapat berkongsi kebahagiaan & kegembiraan 1 syawal seperti mana anak-anak yang lain.

    Majlis Zakat Fitrah

    ReplyDelete

Apa kata korang?