Hubungan Adik Beradik Biar Utuh Selamanya!

Friday, July 03, 2015


Assalamualaikum!


Cabarannya semakin hebat! Tapi semangat ibu masih kuat ... harap kekuatan itu bertambah seiring dengan usia yang meningkat. Ada masa diaorang berdua memang 'kamceng'! Bergelak ketawa, duduk sebelah menyebelah, berkongsi pensel, berborak hal-hal kawan di sekolah....

Kadang-kadang aku memang sengaja membiarkan mereka berdua saja dalam bilik. Perhatikan mereka dari jauh. Komunikasi antara adik beradik memang sangat penting bagi aku. Aku tidak mahu mereka terlalu bergantung pada aku atau ayahnya. Biar mereka selesaikan sendiri, meluahkan rasa antara satu sama lain. Aku mahu mereka jadi lebih rapat, mesra dan berkasih sayang antara adik beradik.

Tak dinafikan ada masa ketikanya, dua beradik ni pasti akan 'bercakaran'. Adik beradik mana yang tak pernah bergaduh ye dak. Gaduh gaduh manja kekdahnyaaa ... 5 minit gaduh pastu baik semula. Yang kakak dah macam mak mak pulak aku tengok sekarang ni. Komunikasinya dengan adik lebih ke arah membebel hehe. Gamaknya dia tengok aku dok membebel la kot ho ... hurmmm adakah aku kena kurangkan bebelan pasni? Dah kalau tak membebel, tu bukan macam aku la pulak kan hehhehe ....

Yang adik senang benor sentapnya! Kalau kita kata 'tidak', maka muncung itik sepanjang 13 meter akan kelihatan di wajahnya. Bukan itu saja, jelingan maut juga akan bisa 'membunuh' kesabaran kita muehehehe. Tapi kalau time dia ceria dan hati berbunga-bunga, dia akan datang kat kita dan beri ciuman kasih sayang yang tak terhingga!





Dua anak kecil ini adalah harta ibu dunia dan akhirat. Amanah Allah yang terindah. Walaupun ibu pening dengan kerenah masing-masing, tapi bila kakak dan adik tiada di sisi ibu, hati ini jadi luluh sunyi tak bermakna rasanya hidup...

Dan ibu berdoa dan berharap, dua anak inilah yang akan mendoakan ibu dan ayah saat kami di dalam liang lahad nanti....


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. kite pon pening jugak padahal anak baru sorang.. hehehe.. tp tu laa syurga nyawa kite..

    ReplyDelete
  2. samalah dengan dua orang budak kat rumah ni...sikit2 je bergaduh..

    ReplyDelete
  3. kunjungan balas..hari ni tak berapa sihat tapi nak juga jenguk kawan-kawan blogger :)

    ReplyDelete
  4. walaupun umur dah 20-an ni, still gaduh dengan adik kadang-kadang tu,,

    ReplyDelete
  5. dah umur 20-an ni, still gaduh juga dengan adik-adik tau..

    ReplyDelete
  6. sama la watak anak2 dara kita...
    yg kakak ~ bebel kan adik.
    yg adik ~ muncung sememeh selalu.
    gaduh 24 jam anak2 dara aida tu.
    but tak boleh berpisah.
    saling ingat-mengingati di antara diorang.
    dlm ati ada taman :) ha ha ha...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM