ruangiklan
ruangiklan

Wednesday, July 08, 2015

Katakan Tidak Pada Baju Raya Pelik!

  2 comments    
categories: ,

Assalamualaikum!


Jarang sangat dia nak ngomel pasal baju raya sendiri. Takda apa yang nak dibincangkan pun melainkan warna dan jenis kain. Setiap tahun ... hanya warna bertukar, tapi coraknya tetap sama gitu la ...

Tapi sejak dua menjak ni, aku tengok baju Melayu dah takda rupa macam baju melayu. Macam-macam trend dan corak pelik yang menyakitkan mata bila melihat koleksi-koleksi terbaru ni. Serius ... memang tak boleh diterima akal baju Melayu dibuat sebegitu rupa!

Kengkadang pelik jugak tengok orang Melayu ni, benda dah cantik asalnya ...dia pergi tukar jadi sampai pelik macam tu! Omputih tu tertarik pakai baju Melayu kita disebabkan keaslian pada rekabentuk yang sopan dan segak. Dah, kalau kita gatal gi ubah keaslian tu menjadi trend yang pelik-pelik dan ketat metat ... bukan namanya baju Melayu dah la.

sekadar gambar hiasan


Macam-macam gaya ...macam-macam corak! Tapi style baju seluar ketat metat .. tak terabak ke kalau duduk bersila kat masjid time solat raya nanti? hehe.

Ada satu gaya baju tu, baju dia singkat ke atas sangat! Singkat sehingga menampakkan ...ermmmm .... aaahhhh google la sendiri! Habis 'cair' kuih raya atas meja nanti hehe. Dari hipster jadi histeria ... muehehe.  

Ada pulak baju Melayu corak jalur jalur hitam putih ...dah macam banduan terlepas pulak aku nengok huhu. Dari kaca mata pereka fesyen mungkin itu nampak artistik atau apa saja la! Tapi dari kaca mata aku orang biasa-biasa ni ... tang mana unik dan seninya pun aku tak tahu! 

Teringin jugak aku nak tengok sapa sanggup pakai baju Melayu corak jalur hitam putih berbelang gitu di pagi raya nanti. Kang orang panggil ko zebra atau tepon polis cakap ada banduan terlepas ...jangan marah! haha.


gambar hiasan

"ok ka ni hani .... macam sesuai lak ngan abg"


Dapat mesej dari cik abang kat WhatsApp ...

Hurmm ... dia berkenan ke jubah. Memang tahun ni rasa nak pakai jubah je sekeluarga. Senang sarung sekali hehe. Tapi naper aku nampak cam pelik je pulak jubah dia ni ... macam baju kot yang ditampal pada jubah pulak ...hehe ke mata aku yang 'sakit' atau memang pesennya begitu? :p


2 comments:

  1. hahahahahaha hadoiii! dh lah badan besar, pakai lak gitu.kenapakahhh!

    ReplyDelete
  2. aida ni kolot.
    prefer baju melayu yg tradisional tu.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.