Friday, July 24, 2015

# Cerita My Pearls # Pendaftaran Tahun 1

Keputusan Kemasukan Pelajar Tahun 1 2016


Assalamualaikum!




Keputusan penempatan sekolah Mira untuk tahun depan dah pun keluar sejak seminggu yang lepas. Issh ... berdebar-debar pulak rasa hehe. Harapan aku kali ni memang nak dia bersekolah di sekolah yang sama ngan kakaknya. Senang nak gi hantar pagi-pagi nanti. Transport dan transit dah elok tersedia tak perlu pening nak cari yang lain dah....




Alhamdulillah ... Mira bakal ke sekolah dengan kakaknya tahun depan hehe. Mesti diaorang akan nampak lebih comel kalau jalan masuk sekolah sama-sama kan mihmihmih. Haihhh ...besar dah anak-anak dara aku, kejap je si kecik tu nak darjah satu .....  masa untuk menambah nombor 3 mungkin??? hehehe

So, sekolah rendah dah setel. Tinggal borang tuk sekolah agama je lagi. Borang tu keluar bulan 10 nanti ... so lambat lagi la citer dia. 

Korang dah semak ke untuk anak korang? kalau belum, cepat la gi SINI dan semak sendiri. Kalau dapat sekolah yang tak berkenan di hati, bolehlah buat rayuan bulan September nanti.


4 comments:

  1. Alhamdulillah, senang la nanti.. Boleh kakak dia tolong tengok2kan.. Hehe

    ReplyDelete
  2. senang nanti kakak nya boleh tengok2 kan dia..

    ReplyDelete
  3. canggih sekarang boleh online je hehehhe...best la sekolah sama ngan kakak...aummmm no 3 eaaa jom saing hahahhaha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dipermudahkan... Seronok ye..

    ReplyDelete

Apa kata korang?