Mira & 'Cici'

Wednesday, July 15, 2015


Assalamualaikum!


Masa ni Mira umur 6 tahun. Hari tu kita sekeluarga duk kat opis ayah kejap sementara nak pergi ke bazar Ramadhan. Ingat lagi tak .... hari tu kita dah plan nak berbuka puasa kat rumah mak tam? Lepas ibu habis gentel simpul kasih, dan ayah baru balik dari bengkel kita pun masuk ke dalam kereta sedia untuk ke bazar.

Kakak duduk di tempat duduk depan, Mira duduk ngan ibu di belakang. Sekali Mira terpandang kat satu haiwan ni macam kupu-kupu kecil ...

Mira : buuuuu .... rama-rama!

Ibu : Ohhh .... ye lah. Biarlah jangan kacau dia ....

Biasanya, Mira 'geli' nak pegang haiwan bersayap ni ... tapi petang tu muka Mira bersinar-sinar bila tengok haiwan kecil comel berbelang hitam kuning macam lebah madu huhu ....

Lalu Mira amik dan letak di tangan ...




Dan kakak pun mula tanya soalan itu ...

Kakak : Dik ... apakata adik bela dia? bagilah nama kat dia ....

Mira : Ermmm .... Aisyah?? ((dalam ibu buat dok perhati tu, tergelak besar jugak akhirnya! hahaha))

Kakak : Ape pulakkkk bagi nama manusia kat haiwan ...bagila nama lain dikkkk

Mira : Kerusi ...??

Hahahaha masa ni ibu dah pegang perut dok mengekek .... !

Kakak : panggil dia Cici la dik ....

Mira : Haaa Cici .... hai Cici .... awak duduk ngan saya ye ...

Dan bermulala episod indah Mira & Cici .... dari opis ayah sampai ke Subang Perdana, dia dok main je ngan si Cici tu. Diletaknya atas tangan la ... dia bercakap la ...! Ibu dah mula cuak ...terdetik di hati ada yang 'kiok' dikerjakan ni kang .... haha




Bila nak turun kereta, sempat lagi Mira cakap ngan Cici ..."jangan gi mana-mana tau. Duk sini aje ...kang kita datang balik" hahahaha ....ibu dah tak terkata dah ... anak dara punya perangai! :p

Balik dari bazar, masuk dalam kereta ...Cici dok ada lagi kat situ. Tapi kali ni, diam kaku ...tak bergerak mcam tadi tu...dan Mira yang kehairanan tanya kakaknya ....

Mira : kak ... naper Cici tak bergerak dah ..?

Kakak : Hah ... meh tengok ... a'ah la ... dah mati kot!

Mira : Entah la ...tadi dia gerak elok je ....hurmmm

Hayat Cici tak lama ... barangkali bahang kepanasan petang telah meragut nyawanya ... atau 'belaian' Mira menjadi penyebabnya? huhu ....


You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM