Friday, August 28, 2015

# Story Kenit

Deruman Enjin & Kenangan


Assalamualaikum!


Vooooooooommmmmmmmmmmmmm!!!!!

Bunyi deruman enjin pesawat tempur F18 yang pernah menjadi peneman kami siang dan malam. Kalau bukan F18, pasti MIG-29N!

Teringat aku dulu, ketika pesawat Sukhoi Su-30 MKM membuat penerbangan sulungnya di Pangkalan Udara TUDM Batu 10 Gambang, Kuantan.... bunyi enjinnya lebih bingit dari F18 & MIG-29N! Bisa menggenggar pintu kayu kuarters! Jantung turut 'melompat-lompat' setempat dalam kantungnya ....!




Serius, waktu itu aku menyampah betul bila diaorang nak start terbang. Diaorang terbang tak kira masa, kalau Subuh tu dia nak terbang memang bergema satu Pangkalan dan kawasan berhampiran! Kehendak tugas ..... yup! Itu belum lagi kalau ada special ops malam tu, kul 10-11 malam pun diaorang akan start enjin jugak! Kalau ada bayi kecil, memang kena stenbai duduk sebelah dia dan pegang badan supaya dia tidak terkejut dengan bunyi kuat pesawat.

Namun, keputusan untuk tinggal di kuarters sebelah Pangkalan adalah keputusan yang perlu dibuat memandangkan opis kami berdua terletak dalam kawasan lapangan terbang huhu.

Dan, selama 7 tahun itulah bunyi deruman enjin pesawat tempur pelbagai jenis sudah menjadi 'makanan' kami setiap hari hehe. Eh ... bukan merungut atau mengungkit! Tapi cuma nak kabor .... RINDU pada bunyi tuuuuuu! hahahaha.....

Dan pagi ni, bunyi itu datang lagi ... melintasi ruang angkasa berhampiran opis.

Tak dapat dipastikan pesawat apa ... mungkin kerana sudah terlalu lama telinga ini tidak diisi dengan kebingitan deruan enjin selain lori, kereta dan bas huhu. Tapi jujur, aku sebenarnya rindu dengan kegarangan 'suara' itu yang suatu ketika dulu pernah aku sumpahi dulu ..... hehehe


2 comments:

Apa kata korang?