Tuesday, August 11, 2015

# Cerita My Pearls # Rumah Terbuka 2015

Jamuan Ghayer Tadika Mira


Assalamualaikum!




Minggu lepas banyak dapat jemputan rumah terbuka, tapi yang mampu kami jejak hanya dua buah saja huhu. Yang pasti, janji pada si anak kecil ini perlu ditepati ye. Mira dah lama kasi warning order pada ibu dan ayah, mesti datang jamuan raya Mira tau! Kalau tak ... ibu tak boleh pinjam bantal busuk Mira ...!

Ok ... ini sangat tidak adil ye Mira haha! Apapun, memang niat nak datang pun ke jamuan raya Mira ni. Hajat dia bukan nak makan sangat pun, tapi nak jumpa bermain dengan kengkawan je hehe


Hebat budak-budak sekarang kalau bergambar ye. Pantang kita sebut "free style", terus angkat jari 'peace' hehe. Tapi yang kiri sekali tu boleh pulak buat style cenggitu. Nak suh kata dia comel la tu hehehehehe :D

Untuk jamuan raya ni, aku buatkan agar-agar sarsi untuk Mira. Ibubapa lain dah bawa makanan yang 'berat' so kita sediakan yang mudah aje la ye hehe.



Sabo je la kan. Orang suh senyum, dia buat muak selenge cenggitu 
*urutdada*



Beratur? Apa kes? Haaa nak duit raya la ni kannn haha



Amboiii sopan nau salam atok tu ye dik hehe


Selesai jamuan raya Mira, kami ke Shah Alam pulak untuk rumah terbuka kak ipar. Pastu, kami tak boleh ke mana dah ... berat perut masing-masing dengan makanan hehe. Hanya mampu membongkang di rumah kak ipar sampai petang. Selesai solat Asar, kami pulang ke 'sarang' semula hehe ...


SEKIAN.


4 comments:

  1. anak saya end month ni ada buat jamuan raya kat skeolah..x tau lah nak masak apa

    ReplyDelete
  2. untunglah anak-anak zaman sekarang...beraya sakan... hehehehee... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  3. biasa la tu, kalau suh posing memang tunjuk peace :)
    cantik baju raya.
    sama pattern dgn nurin, tapi kaler lain :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?