Breaking

Thursday, August 27, 2015

Letak Video Instagram Di Entri Blog


Assalamualaikum!


Pernah letak video dalam entri? Kali ni aku nak kongsikan cara letak video instagram dalam entri blog. Kalau korang rasa tak berapa pro nak bermain dengan coding html, jangan risau jangan takut. Aku pun bukan pro sangat bab-bab cenggini. Tapi, aku belajar amik basic knowledge melalui tutorial di blog-blog lain.

Aku selalu ada masalah nak upload video direct dari handphone. Jadi bila aku tengok blogger lain boleh upload video dari instagram diaorang, aku rasa cara ni mungkin boleh selesaikan masalah aku! Nak tahu camna caranya? Jom kita mulakan ..!

Memula ....

1) Pergi ke akaun instagram korang. Klik pada video yang korang nak upload di entri blog.



Klik kat video (bertanda anak panah merah)


2) Nampak tiga dot sebelah kanan bawah yang aku bulatkan dengan bulatan merah tu? Klik kat situ ....




3) Akan keluar perkataan 'Embed' kan. Klik dan paparan seperti di bawah akan kelihatan. Korang ada pilihan samada nak letak video sekali dengan caption atau tak nak caption. Kalau tak nak, just klik kat 'Include caption' untuk buang caption tu. 




4) Sekarang korang dah ready untuk copy code yang ada dalam kotak tu. Highlightkan, right click dan pilih 'Copy





5) Pergi kat entri blog, dan klik kat HTML





6) Ok. Dah klik HTML, korang akan nampak paparan seperti di bawah ni. Konpius kan? Takpe ... kejap je konpius ni hehe. Korang kena tentukan lokasi kat mana korang nak letak video insta korang. Kat barisan mana, bawah ayat apa.

Kemudian, cari </span></div> dan pastekan coding yang korang copy tadi. Yang aku highlight biru tu ialah coding yang aku copy tadi.




Nampak tak anak panah warna merah tu? Itu adalah untuk kasi center (tengah-tengah) video korang dalam entri. Sila tambah sendiri ye, taip <center> sebelum korang paste coding, dan taip </center> selepas coding dipastekan.

Lihat je contoh aku kat atas ni. Untuk adjust saiz video, korang boleh lihat kat max-width : 658px yang aku gariskan warna merah tu. Yang tu korang boleh adjust sendiri ikut suka hati. Kalau ikut standard aku, just tukar pada 458px. Klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.


7) Dah siap bab coding, klik semula 'Compose' dan paparannya akan kelihatan seperti ini...




Kosong???! Jangan panik ... aku pun memula belajar dulu panik gak hehe. Tapi, sebenarnya paparan dia memang akan nampak macam ni. Tak nampak videonya, tapi bila ko klik 'Preview' baru korang akan nampak videonya ....




Haaaaa video korang akan kelihatan begini! Dekat draft tak nampak videonya, kat Preview baru nampak videonya. So, pasni korang boleh Save, Publish dan lihat sendiri video insta di entri blog.





Amacam? paham dak? budak cerdik memang cepat paham kan hahaha!


Selamat Mencuba!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.