Breaking

Wednesday, August 19, 2015

Masterchef Asia Musim Pertama : Siapa Wakili Malaysia?


Assalamualaikum!





Siapa pernah tengok Masterchef? Yang suka masak-masak mesti tak pernah ketinggalan kan. Rancangan pertandingan masakan paling popular ini bakal menggegarkan dapur korang awal September nanti.

Dan yang menariknya, Malaysia bakal menurunkan 3 orang "chef rumah" (home chefs) yang bakal beradu di edisi sulung pentas Masterchef Asia nanti! 

Woww!





Dengan bangganya, barisan chef yang akan mewakili Malaysia dalam Masterchef Asia Musim Pertama ialah Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli. Simbolik pasukan muhibbah dari Malaysia!

Jom kita berkenalan dengan chef-chef kita! ^^




Jasbir Kaur

Jasbir yang berumur 54 tahun merupakan peserta paling matang dalam pertandingan ini. Beliau mula menanam minat dalam bidang memasak apabila berpindah ke Sarawak, Malaysia Timur selepas berkahwin. Seorang suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak, beliau berhasrat untuk menyampaikan kemahiran kulinari masakan tradisional Punjabi kepada generasi muda. Beliau juga berharap untuk mendapat pentauliahan profesional untuk kemahiran memasaknya dan membuktikan bahawa chef di rumah juga boleh mempamerkan kemahiran yang hebat di dapur.




Marcus Low


Marcus, seorang pengurus bank berusia 24 tahun, mendapat inspirasi daripada chef-chef terkenal, serta hidangan moden dan molekular; dan mempunyai kemahiran unik dalam penggabungan bahan. Mampu bekerja dengan baik walaupun dalam situasi tertekan, beliau percaya persaingan sengit dalam MasterChef Asia akan memperkenalkannya kepada dunia kulinari dan memberikannya peluang untuk memperkenalkan sajian Malaysia di pentas dunia.






Sophia Zulkifli


Sophia, seorang suri rumah berusia 31 tahun dan ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun, memasak setiap hari dan sering menyediakan hidangan untuk keluarga dan rakan-rakannya. Suatu hari nanti, beliau berharap untuk terlibat dalam dunia kulinari sebagai chef, katerer atau pengkritik makanan. Minatnya yang meluas dalam industri makanan menunjukkan kecintaannya terhadap makanan dan memberikannya inspirasi untuk menyertai MasterChef Asia.

Bakal menjadi pesaing mereka nanti adalah chef-chef rumah lain dari negara China, India, Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Vietnam. Tujuannya hanya satu , iaitu mendapatkan gelaran utama Masterchef Asia!


Hadiah Lumayan Menanti Masterchef Asia!

Pemenang MasterChef Asia pertama bakal menerima buku masakan sendiri, hadiah wang tunai USD$50,000, pengalaman riadah unik di Singapura bernilai USD$10,000, perkakas rumah Panasonic bernilai USD$15,000, latihan amali berbayar di salah sebuah restoran Hotel Carlton Singapura dan penginapan selama seminggu di Disneyland Resort Hong Kong.

Perghhh ... hebat sungguh ni! Tapi cabaran getir yang menanti chef-chef kita di dapur Masterchef Asia nanti pastinya lebih hebat bukan! Moga trio chef kita dapat mempamerkan aksi dan kehandalan mereka memasak dalam edisi sulung ini. Mana tahu, pentas Masterchef Asia boleh menjadi platform baru untuk chef-chef kita memperkenalkan makanan tempatan di peringkat antarabangsa!

So, jangan lupa untuk menonton siri Masterchef Asia yang bakal ditayangkan pada 3 September, setiap Khamis jam 9 malam di saluran Astro 709 (Lifetime).

Untuk maklumat lanjut, boleh terjah msn.com/masterchefasia.

MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. 

SEMOGA BERJAYA MALAYSIA!
#MALAYSIA BOLEH!


sumber foto : Lifetime 



6 comments:

  1. wow menarik nih untuk ditonton. cie memang suka rancangan masakan nih.

    ReplyDelete
  2. baru tau kewujudan program masterchef asia nie..thanks for the update :)

    ReplyDelete
  3. yahooo minat sgt tgk program masak memasak ni.
    segala masterchef memang aida tgk :)

    ReplyDelete
  4. harap yang malaysia menang la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.