Sepupu Kahwin

Monday, August 03, 2015


Assalamualaikum!





Satu-satunya gambar aku dengan Aini pada hari tu, pengantin baru yang juga sepupu aku belah mak. Majlisnya hari Sabtu lepas, habis je event aku kat KLCC terus berkejar balik rumah salin baju, solat dan pecut ke Shah Alam! Waktu ni dah lewat petang pun, tak sempat nak pergi ke dewan dan bergambar di sana. So, kami terus serbu ke rumah pengantin! hehe.

Entah kenapa si Mira boleh buat mata macam tu. Nak kata ada penampakan entiti di situ tak sampai hati pulak, tapi semacam je Mira pandang kamera tu kan haha!

Teringat aku zaman kami kecik-kecik dulu, Aini ni seorang budak yang pendiam dan tak banyak bunyi! heeeee. Tak sangka dah besar panjang dah dia ... dan dah selamat bergelar isteri orang! Ya Allah ..bila aku lihat banyak kali gambar ni, rasa macam kami ni sama umur je kan bhahahaha! :p




Ok, ni keluarga pengantin perempuan. Yang kiri sekali tu, mak teh aku la. Yang baris depan anak-anak mak teh, yang lelaki belakang jadi photobomb tu anak sepupu aku, Kak Min hehe. Happening giler time ni. Kecoh mulut masing-masing kalau dah start berborak! haha. Dah lama tak jumpa pun ye gak .... 

Tau siapa cameraman di sebalik semua gambar dalam entri kali ni? My kenit la ... MIRA! hehe




Banyak kali aku fikir nak letak ke tidak gambar ni, tapi I just can't help it .... aku rasa cita-cita kak Min dulu nak jadi polis trafik kot hah .... good job Mira! hehehehe :p



Dari kiri : Mak Teh, Aisyah dan Kak Min


Sakan bergambar korang yek ... yang si Mira pun sakan melayan amik gambar haha .



My sepupu Linda, sama umur hehe. Blur pun blur la, aku nak letak gak hahaha! Tak banyak yang kami borak haritu, sebab dia bizi mengemas di dapur. Ni pun dapat juga si Mira tangkap gambar dia .. dok berleter ape ntah haha.

   


Masa bila entah si Mira ambik gambar Airis hehe. Bulat dan besar mata dia kan!
Airis anak bongsu kak Min 



Bersama mak teh (sorry sebelah lagi mata mak teh tak masuk kamera hehe), dan my sepupu-sepupu dan anak buah sepupu haha. Banyak nau pupu ye ....

Terima kasih sudi jemput kami sekeluarga, tahniah dan selamat pengantin baru pada Aini. Moga kekal bahagia bersama suami hingga ke jannah. Dan, kepada semua yang ada dalam gambar ni dan Linda (takda sebab tengah tapau red velvet untuk aku haha).... take care dan till we meet again! ^^


You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. Warna tema hijau eh? Cantikkk...;)

    ReplyDelete
  2. ha ah, takut juga tengok mata mira tu...ihikss....

    ReplyDelete
  3. baju pengantin sponsor ke? serupa semua.. hee

    ReplyDelete
  4. Cantiknya masing-masing. Serba hijau..

    ReplyDelete
  5. Hahaha..cantek.Siap ade polis trafik =p

    ReplyDelete
  6. saat paling best! bila dapat berkumpul family ramai2. =)

    http://myartcrafting.blogspot.com/2015/07/syawal-giveaway.html

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM