Antara Marah & Sayang

Wednesday, September 02, 2015


Assalamualaikum!




Muka happy kerana dua sebab! Pertama, sebab hari tu (semalam) tadika Mira masih cuti dan kedua roti jala dalam mulut! hehe

Time ni Mira umur 6 tahun (ibu bayangkan Mira mungkin berumur 16 tahun atau lebih bila Mira terbaca entri ibu ni haha). Lepas hantar kakak ke sekolah, kita bertiga pergi Warung Pak Yop untuk sarapan pagi. Pagi tu, Mira makan roti jala dan nasi lemak bersama sosej. Kuat makan ... sebab tu ramai orang kata Mira dan kakak kembar, sebab tinggi dan lebarnya sama je hehe.


Petang tu, kakak bagi Mira hadiah. Rasanya kakak nak pujuk Mira balik lepas insiden 'gaduh' tu. Adik beradik kalau bergaduh pun teruk mana sangat. Kakak cubit adik. adik cubit kakak, kakak marah adik, adik nangis jerit nama kakak dan ibu bertukar kaler ijau! :p




Dari kakak untuk Adik


Nak tahu apa dalam bungkusan ni? In case you have forgotten, kakak gave you a minion eraser.... eh two minions eraser actually hehe. Dan Mira senyum sambil ucap "terima kasih ..."

Malam tu, Mira cakap Mira ada sesuatu untuk ibu dan kakak. Tapi sebelum tu Mira suh ibu dan kakak tutup mata dulu! Dan kami buat ....



untuk kakak ....


Ibu tak pasti apa kaitannya Upin & Ipin dengan surat luahan hati Mira terhadap kakak ni, but just so you know, Upin & Ipin antara kartun kegilaan kakak dan adik sejak dari belum tumbuh gigi lagi! :D




untuk ibu ....

Tujuh baris pertama tu sweet sangat bunyinya, tapi bila ibu baca 4 baris terakhir tu siap dengan bentuk 'love' yang ada kesan retakan di tengah-tengahnya, seriously .... I laughed! Ni mesti pengaruh ajaran dari kakak kan ..! :p

Just so you know, and I bet you knew it already that we all sayang Mira ... 

InsyaAllah ibu and kakak will try not to be too hard on you after this. I'm not a perfect mother, but everyday I'm doing my best to love you and kakak with all my heart without spoiling you too much hehe.

Again we are sorry sayang .... :)


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. manja betul mira nih...he he he...ibu bersekongkol dengan siapa ni sebenarnya nih?

    ReplyDelete
  2. so sweet hadiah tu nak pujuk kakak :)
    good girl la.
    again surat cinta buat mama nyer.
    best!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM