Apakah Sebenarnya Yang Menyerang Mira?

Thursday, September 17, 2015


Assalamualaikum!



Bermula dengan bibir menjadi kering tiba-tiba akhirnya bertukar menjadi serius! Mula-mula ingat bintik-bintik di bawah mulut tu jerawat biasa .. rupa-rupanya merebak jadi nanah! Kemudian dari bibir bawah berjangkit ke bibir atas! Kesian dia ... nak minum air pun kena guna straw, takleh disentuh sikit pun bibir tu ...kalau tak, menjerit dia disitu!

Pergi dah klinik hari Isnin aritu, doktor bagi ubat sapu Glycerin. Bila tanya apa puncanya, doktor tak bagitau secara spesifik. Tapi, aku tengok makin hari makin teruk jadinya .... nanah semakin banyak dan bibir atas bawah dia jadi bengkak!





Tak sedap hati ... aku pergi balik ke klinik tu pagi tadi. Doktor lain periksa, dan bila aku tanya apa puncanya atau apa nama penyakitnya ni ... doktor kata rashes (ruam). Tapi, ia jadi bernanah bila ada jangkitan kuman. Memula aku pun ingat Mira terkena HFMD (Penyakit Tangan Kaki & Mulut) tapi bahagian lain tak terjejas ... hanya mulut je.

Kali ni doktor bagi antibiotik ... tiga botol! Nanah yang melekat-lekat kat bibir tu terpaksa dicuci. Kesian tengok dia menangis masa nurse tu cucikan tadi. Bibir dah sakit ... kena pulak sapu ngan kapas basah sampai terkopek-kopek nanah, mau tak menjerit budak tu! Apa ibu boleh buat ... hanya mampu tenangkan Mira dan genggam tangan dia sambil pujuk. 

Apa sebenarnya yang menyerang Mira? itu aku akan kongsikan di entri lain. Siap dengan gambarnya sekali! Ada beberapa kemungkinan dari apa yang doktor tu cakap tadi. 

Haih ... kesian anak ibu. Moga cepat sembuh ye sayang .....


You Might Also Like

17 pengomen comel

  1. get well soon mira.... kesiannya bila aunty baca dan dapat bayangkan sakit tu macam mana.... Allahu...

    ReplyDelete
  2. Hanim, anak akak selalu tau kena macam ni. Mmg kerap jugak. So akak slalu marah dia n kata dia lepas makan tak cuci mulut bersih2

    Lepas tuh masa mak mertua dtg dia tgk n dia tanya pakai ubat gigi apa. Rupanya betul, akak yg slalu pakai colgate gie tuka pakai fresh n white. Org lain ok kje tapi dia tak ok

    So MIL suh beli kodomo ke apa utk dia. Percaya tak 2 3 hari dah kering dah ulser kat mulut tuh. Dia nanah berair gelembung kan...pastuh berbau pun ada.

    So rupanya dia tak tahan ubat gigi

    kalau lepas gosok gigi tuh sapu sedikit butter. Memula cam pelik napa letak butter but bila pikir logik butter ibarat seal n tutup luka tuh kan n selamat utk dekat mulut nih.

    Nanti Hanim try la ek.

    Anak akak lepas dah ok tuh dah tak kena. Tapi baru2 nih ubat gigi dia habis dia gie bantai pakai fresh n white tuh...terus naik balik. Terus kena pergi belu balik ubat gigi yg lebih gentle.

    Get well soon ya mira...make sure rajin cuci mulut n salin sarung bantal dia everyday ya anim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Moon, nanti anim try letak marjerin kat mulut dia. Hari ni semakin baik, tapi nanah tu ada keluar sikit-sikit lagi. Gosok gigi pun dia taknak sebab bibir pedih bila kena air dan ubat gigi dan berus gigi tu.

      Tak pasti apa yang trigger dia jadi macam tu sebab ada banyak kemungkinan yang menyebabkan ruam macam ni. Terima kasih ye kak :)

      Delete
  3. Kesian mira.Moga cepat sembuh...makin kurus pulak nanti.

    ReplyDelete
  4. cepat cerita kak! SEMOGA mira cpt sembuh, risaunyaaa

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM