ruangiklan
ruangiklan

Friday, September 04, 2015

Festival Bon Odori Di One Utama!

  5 comments    
categories: , , ,

Assalamualaikum!


Ogenkidesuka? 

Haa maksudnya apa khabar uollsssss hahaha. Sedang belajar bahasa Jepun ni, mana la tau kot-kot dapat jejak kaki di bumi Jepun satu hari nanti muahahaha! Tapi,sebelum tu kita mulakan dulu dengan mempelajari budaya masyarakatnya yang salah satunya .... makanan!




Bertempat di One Utama Shopping Center, majlis perasmian Festival Bon Odori yang dibawakan oleh Cold Storage telah berlangsung dengan jayanya di sini. Cold Storage melalui Pengurus Besarnya, Angus Gore-Andrews berkata, sebagai salah sebuah pasar raya yang telah bertapak lama di Malaysia, Cold Storage memang terkenal dengan produk segar dan berkualiti yang diimport dari seluruh pelusuk dunia sejak dahulu lagi.

Dalam memperkenalkan kebudayaan masyarakat lain di kalangan orang tempatan, Cold Storage ingin mengetengahkan makanan istimewa dan amalan kebudayaan Jepun melalui acara yang sedang berlangsung kini selama lima hari di pusat membeli belah, One Utama.



Perasmian disempurnakan oleh Angus Gore-Andrew bersama Mohd Azizil Halim, Pengurus Cold Storage Bandar Utama dan Patrick So, Pengurus Besar One Utama




Festival Bon Odori

Secara tradisinya diadakan untuk memberi penghormatan kepada nenek moyang, telah diraikan di Jepun lebih 500 tahun. Sambutan bercirikan karnival itu berlangsung selama tiga hari disambut antara bulan Julai dan September, di kawasan-kawasan berbeza di Jepun.

Merupakan acara lengkap dengan aktiviti-aktiviti tradisional dan moden seperti tarian, nyanyian dan persembahan kostum, serta pelbagai permainan popular masyarakat Jepun. Acara ini turut menampilkan gerai makanan dan minuman Jepun, dan lain-lain seni persembahan dan demonstrasi rakyat Jepun.

Ok .. untuk makluman korang, Festival Bon Odori bermula 2 sehingga 6 September 2015 di One Utama Shopping Center. So, kalau korang ada plan nak ke sana dalam masa terdekat, jangan lupa singgah untuk melihat lebih 1000 jenis produk makanan, kuih-muih dan juadah istimewa yang dipamerkan. 









Untuk pesta makanan, produk makanan dan manisan Jepun yang diimport termasuk keropok beras, teh hijau, gula-gula serta bahan-bahan masakan seperti rumpai laut, miso dan rempah ratus.

Yang penting, korang kena pandai pilih ye hehe. Kalau tak faham bahasa Jepun sila rujuk pada orang di situ.



Cold Storage Bon Odori Japanese Food & Culture Fair
One Utama Shopping Center
2 September - 6 September 2015
10am-10pm

Arigato khozaimas!
^^

5 comments:

  1. wahhh. happeningnya festival ni..

    #Jenjalan sini. Jemput lah ke blog kiteee :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. berpatutan jugak la...yang penting kena pandai pilih hehe :D

      Delete
  3. Alamak esok last . Nasib baik sempat . Thanks for the info

    ReplyDelete
  4. da lama benar aida x jejak one utama...
    bertahun-tahun !!!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.