Inilah Sebabnya Kenapa Berat Badan Aku Tak Naik-naik!

Monday, September 28, 2015

Assalamualaikum!


Apa pesen la budak kecik cinonet sorang ni, kebelakangan ni makin hebat pulak sentap dia! Hari-hari sentap ... dah tu dalam sehari 3 kali sentap. Pagi sekali, petang sekali, malam sebelum nak tido pun sempat lagi dia sentap! huhu ...

Dia sentap dengan semua orang dalam rumah ... kecuali ayahnya, yang tu dia kurang sikit sentap hehehehe. Dengan kakak dia .... yang tu harusssss dia cari pasal dan sentap! Dengan aku ... lagiiiiiii dia sengaja minta kena marah dan kemudian buat sentap! 

Ini yang membuatkan aku rasa nak tambah sorang lagi ni! hahaha :p




Apa kes? Alkisah .... (hehehehe)

Memula awak bergaduh ngan kakak sebab kakak taknak kongsi iPad dengan awak. Pastu ibu amik iPad dari kakak tak bagi main langsung. So, awak berdua bawa diri dan main sendiri-sendiri. Kakak masuk bilik ibu, awak pulak main Play-Doh dalam bilik sendiri ....

Ibu masuk la bilik kakak dulu, dok pujuk kakak untuk minta maaf kat awak, kemudian kakak masuk bilik try nak minta maaf tapi itu membuatkan sentap awak makin menjadi-jadi sebab ibu masuk bilik kakak dulu! Hadoiiii ..... akhirnya, menangis lah awak di bucu kepala katil tepi dinding buat tanda protes! hehehe ....

Pujukkkk ... sapa cakap ibu tak pujuk Mira. Ibu peluk Mira ... dukung Mira ke dapur dan offer Mira buat sendiri susu coklat hehe. Bila ibu nak masak nasi, Mira nak tolong letak beras dalam periuk dan basuh beras ... punnn ibu bagi jugakkkk. Lepas tu terus Mira 'sejuk'! hahahaha .....




Laaaaa senangnyeeee nak pujuk anak dara ni! Offer buat keje dapur je rupanya ...! Naperla dari dulu lagi ibu tak terfikir nak buat cenggini?? hahaha ....

Gitulaaaaaaa .... sebab mengapa aku jadi kurus begini hahahahahahaha! Nak tips?? :p



You Might Also Like

3 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM