Wednesday, September 30, 2015

# Hijab # Kenit Review

Instant Shawl Majestic Love Dari Naelofar Hijab


Assalamualaikum!





Haihh ... kemain suka si sulung aku bila dapat tahu kami menang peraduan selfie #detikpertamalifebuoy yang aku hantar bulan Ramadhan lepas. Kakak kalau bab-bab kontes ni memang sangat sensitif ... asyik menanya kita menang ke tidak, bila nak umumnya, bila nak sampai hadiahnya .... huhuhu.

Mujur hadiah yang ditunggu-tunggu sampai juga ke pangkuanku akhinya! hehehe. Memula dapat bungkusan dari kerani kat bawah, dok mikir juga bungkusan dari mana pulak ni ... setahu aku, semua aku dah amik dah kecuali satu .... haaaa rupa-rupanya betul tekaan aku, yang ni la! hehehe ....






Alhamdulillah ... macam tau-tau ja warna blog aku warna ni kan hahaha! Memandangkan ini kali pertama aku menyarungkan instant shawl dari Naelofar Hijab ni, maka bab harga jangan tanya la ye. Aku memang tak tahu beraoa harga Majestic Love ni. Risik punya risik .... rupa-rupanya RM89.00 SEHELAI di Zalora.com.my! 

Tapi aku musykil, baucar Zalora RM35 je yang masih tak nampak 'batang hidung'nya ...! Walhal syarat hadiah yang dijanjikan sepasang instant shawl Naelofar dan baucar RM35 Zalora ...? Aku juga ada menghantarkan pertanyaan ini kepada pihak Lifebuoy dan masih menantikan jawapan dari mereka.

Nak tengok aku pakai instant shawl ni? ... InsyaAllah di satu hari nanti hehehe :D

Apapun terima kasih kepada Lifebuoy, Naelofar Hijab & Zalora! 


3 comments:

  1. hi..sy pon menang..xsmpai2 lg hadiah..

    ReplyDelete
  2. red color!!! cantiknya anim... nnti selfie la ngn shawl baru nie... btw tahniah yer...=D

    ReplyDelete
  3. cantiknya instant shawl tuuu

    ReplyDelete

Apa kata korang?