Kering Melampau?

Tuesday, September 15, 2015


Assalamualaikum!


Yeaaaa! arini sekolah tutup akibat jerebu. Bila bagitau kakak dan adik pagi Subuh tadi yang arini tak sekolah, masing-masing jadi blur ... entah ibu aku ni betul ke tidak ni? Temberang ke ibu ni? hehe. Kasi tunjuk WhatsApp kat diaorang, baru muka ada senyiiummmmmmm haha ...

Acaner ibu tau arini tak sekolah? Thanks to ayah awak berdua la ... yang tiap-tiap malam tido paling lewat dari semua orang hoho. Bangkit pagi, ayah cakap arini sekolah malam tadi baru kuar berita kat twitter....




Sudah dua hari berkeadaan seperti ini. Petang semalam nampak cam merah sangat ni ... moh le kita gi klinik ye dik. Bawa kakak sekali sebab dok batuk ngan selsema tu. Sebelum tu, dia cuma bibir kering je ... suh minum air masak. Ari Sabtu dan Ahad tu pun tak keluar ke mana, hanya duduk dalam rumah tapi mungkin disebabkan kekeringan melampau maka jadi begini. 

Tak lama lepas tu, tumbuh bintik-bintik macam jerawat kat bawah bibir tu. Kadang-kadang tu aku suka sakat dia, cakap adik suka sangat pakai gincu kan dah tumbuh jerawat hehe. Pastu dia cakap, eh budak kecik mana ada jerawat. Yang tu kalau budak kecik tak letak benda pelik kat muka, ni awak letak bedak #makcun la, letak gincu la ... haa semalam kawan adik siap lukis 'eye-shadow' lagi guna kaler pensel! Berderau darah ibu tengok kelopak mata awak jadi biru! Grrrr ....

Akhirnya, doktor kasi ubat sapu untuk bibir adik. Bila sapu sikit, adik dah merengek pedih ... pedih. Alhamdulillah dengan izin Allah, elok dah sikit pagi ni ibu tengok, tapi bila letak lagi ubat tu adik kata pedih kat bibir. 

Sementara nak bibir tu nak baik ... kena tahan la sikit ye.


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. Kesiannya.. Disebabkan jerebu juga kot.. Apapun semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. kesiannya dia.. huhuhu cuaca skrg nih xmenentu ditambah lak dgn jerbu... huhuhu moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. nampak memang pedih kalau letak ubat..semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. ank sy kalo tgk kuping mcm ni kat bibir sy, mesti dia cbuk nak cabut..hehe.prihatin btl

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM