Khasiat Buah Mulberi Yang Aku Baru Tahu!

Tuesday, September 15, 2015


Assalamualaikum!




Even though I'm a fruit person (maksudnya suka makan buah-buahan haha) tapi buah yang ni aku tak pernah tengok secara 'live' lagi! Dan bila opismate hulur bekas berisi buah mulberi kecik comel vevulu ni, aku terus jadi .... wow! buah ape ni kak?

buah mulberi ... rasa la ..


Amik sebiji ... tengok dekat lagi kasi zoom sikit hehe. MasyaAllah banyak kecil lah! Tap comel .... warna merah pulak tu. Mesti manis bangat niiiii ...! hehehe




Acaner nak makan ni kak? kena cabut bulu dia dulu ke?

Alaa takyah cabut la ... kira halal je la ko makan bulu dia tu sekali ....

hahahahaha sangat kelakar ini akak opis .... ye la, takde keje pulak aku nak mencabut bulu satu persatu hahaha ... ! Benda kecik je pun ... abaikan je la bulu-bulu tu kan :p

Uihhh ... masam! Tak padan yang kecik .... ke akak tu bagi aku yang belum masak punya? Tak tahu pulak aku kalau buah mulberi ni memang rasanya masam kalau dah masak. Warna cantik dah kaler merah hehehe ....

Khasiat Buah Mulberi?

Antaranya :

  • Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
  • Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.
  • Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin
  • Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

    sumber info : SINI

Serius ... banyak lagi khasiat buah mulberi yang aku baru tahu! Tak padan dengan yang kecik kan! ^^

You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. bagus buah mulberi ni kan..akak pun baru tau dari sini anim..tapi nak cari ni senang ke..thanks sharing

    ReplyDelete
  2. mmg sedap buah nie.
    masam masam manis.
    tapi tak tahu plak khasiat dia.
    hehe
    main bedal je masuk mulut.

    ReplyDelete
  3. macam ulat bulu je first2 tgk..haha..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya buah ni.. Bagus bg anak-anak amalkan.. Cerdaskan minda.. Sy prrnah tanam juga pokok buah ni...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM