ruangiklan
ruangiklan

Monday, September 21, 2015

Misi Menjejaki 'Flash' Dari ZooMoo Bermula!


Assalamualaikum!




Anak-anak kita mesti dah biasa bermain permainan di telefon mudah alih atau Tab bukan? Kadang-kadang tu diaorang sendiri yang akan cari permainan android yang menarik untuk dimuat turun. Kini, ada aplikasi ZooMoo yang boleh dimuat turun secara percuma untuk anak-anak di telefon mudah alih atau Tab korang tau!

Macam mana? dan apa yang menariknya aplikasi ZooMoo ini? 

Jom kita skrol bawah lagi ...!




Baru-baru ini, kakak dan adik berkesempatan melakukan aktiviti menarik di ZooMoo Blogger Session bertempat di Sunway Putra Mall. Macam-macam aktiviti menarik yang disediakan di sini semalam, antaranya mewarna, bermain Lego dan menghasilkan kraf seni.



Seronok Mira ada pelekat ZooMoo di tangan hehe


Sesi meLego. Sampai-sampai je terus serbu meja Lego hehe


Kakak tak boleh tinggal hobi dia ... mewarna!


Mira buat 'ular' guna kertas. Dan akhirnya berjaya disiapkan!


Apa itu ZooMoo?

ZooMoo merupakan aplikasi permainan yang boleh dimuat turun melalui App Store atau Google Play untuk telefon mudah alih atau Tab. Melalui aplikasi ZooMoo, kanak-kanak boleh mengeksplorasi dunia haiwan dalam cara yang lebih menghiburkan, interaktif dan penuh dengan info sekaligus menjadikan mereka lebih mengenali dan mencintai haiwan.

Revolusi aplikasi ZooMoo ini merupakan yang pertama di dunia seumpamanya kerana ia berinteraksi dengan saluran TV dan menggunakan kad haiwan ZooMoo - dalam satu masa! Aplikasi ZooMoo dan saluran TV ZooMoo menyediakan mekanisma yang mudah dan menghiburkan untuk penonton mengumpulkan kesemua haiwan menarik yang mereka lihat di TV, dan ini dapat membuka lebih banyak peluang untuk kanak-kanak mendapatkan info tambahan dan keseronokan!




Mira sendiri berkesempatan mencuba aplikasi ZooMoo ni semalam menggunakan Tablet. Ada macam-macam jenis misi dan permainan yang boleh dicuba dengan Aplikasi ZooMoo ini. 

When the ZooMoo app is turned on, the channel send original and complimentary content to the child's tablet. This content can be opened and explored at any time by the child and parent. The app requires no Wifi or Internet connection, it is free and available for both mac and adroid systems.

Haaa faham tak? hehe .... 


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on




Di event tersebut juga, kami berpeluang bertemu 'Flash' karakter dalam siri terbaru ZooMoo iaitu "Lost". Mula bersiaran pada hari Rabu, 16 September 2015 jam 5pm di ZooMoo (saluran Astro 619), "Lost" akan menampilkan jurugambar tetap haiwan liar iaitu 'Flash', yang mengisahkan dirinya tersesat di habitat haiwan liar dan bagaimana kawan-kawan 'Flash' berusaha mengesannya sebelum dia ditimpa masalah!

Dalam bulan September ini, ZooMoo akan menyediakan lebih banyak aktiviti untuk peminat mereka dalam mengesan 'Flash' yang dikatakan telah "sesat" di Malaysia! Misi menjejaki Flash akan dilakukan di beberapa pusat membeli belah antaranya, di Sunway Pyramid dari 24 September sehingga 27 September 2015, di mana kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik khusus untuk mereka.

Acara yang paling ditunggu-tunggu, 'Flash' akan membuat kemunculan istimewa untuk menghiburkan kanak-kanak di sana nanti. Pasti seronok!




Kad Haiwan ZooMoo!

Bersempena dengan siri terbaru, "Lost", ZooMoo akan melancarkan kempen kad intergrasi yang pertama seumpamanya di Malaysia. Kempen unik ini akan memperkenalkan kad haiwan ZooMoo yang berintergrasi dengan Aplikasi ZooMoo dan memberikan pengalaman menontonnya di saluran ZooMoo TV yang mana akan diperlihatkan di pusat membeli belah nanti. Kempen kad haiwan ZooMoo ini adalah hasil kolaborasi bersama Pusat Membeli Belah Sunway, di mana pelanggan boleh mendapatkan kad-kad ini nanti.

Kad haiwan ZooMoo berfungsi bila ianya discan untuk beri makan pada haiwan, membersihkan haiwan di ZooMoo Island atau untuk membebaskan anak-anak haiwan yang comel!




Belakang kad haiwan ZooMoo juga ada info tentang haiwan tau.


Jadi, jangan lupa muat turun Aplikasi ZooMoo di telefon mudah alih atau Tablet korang hari ini dan biarkan anak-anak korang bereksplorasi di dalam dunia haiwan dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan! Cari 'ZooMoo' kat Google Play atau App Store dan mulakan hari ini!

Untuk maklumat lanjut, boleh terjah :

Laman web : www.zooomoo.tv
Facebook : ZooMoo Asia


3 comments:

  1. Bestnya aktiviti kat sini.. Alangkah bestnya dah ada anak sendiri sekarang.. Ahaks

    ReplyDelete
  2. nak donlod jugak la sebab anak saya pun memang suka tonton siaran zoomoo kat astro tu..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.