Pegang perut orang mengandung ada peluang untuk mengandung juga ye?

Friday, September 25, 2015


Assalamualaikum!




Mak aihh panjangnya tajuk entri! Tajuk tak kejar SEO namanya ni huhu. Terfikir gak aku, benda ni memang biasa berlaku dan dalam gurauan dengan kawan² tu pun kadang² ada terselit dialog sebegini.

Meh sini pegang perut ... amik 'berkat' baby hehe


Ada jugak yang rajin selit gambar baby dalam dompet atau lekat kat meja kerja ... sambil buat kerja tu boleh jeling² kejap baby comel di sebelah hehe. Untung² 'aura' baby comel tu boleh masuk dalam si ibu dan cepat 'lekat'.

Sejauh mana benar kenyataan itu ... Wallahualam.

Tapi bila kawan seloroh tarik tangan aku sapu kat perut mengandung dia, rasa lain macam pulak. Pelik .... tapi rindu dengan perut keras tu huhu. Eh bukan rindu kat perut dia ... tapi terkenang perut aku ketika mengandungkan kakak dan Mira dulu hehe...

Malah bila Mira dok usap-usap perut aku, dikatanya ada 'baby' dalam perut. Huh ... nampak sangat terserlah kebuncitan ibu kannn ....! T__T

Andai ada rezeki...takkan ku menolak.... 

You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM