Breaking

Friday, September 18, 2015

Pembukaan Ten Years Restaurant


Assalamualaikum!


Baru-baru ini, aku dijemput untuk satu food review sempena pembukaan Ten Years Restaurant, di Bandar Baru Sri Petaling. Disebabkan food review kali ini mengetengahkan hidangan lazat makanan tempatan, aku kira ini peluang yang baik buat kami sekeluarga untuk mencuba dan menikmati apa yang dikatakan terbaik di restoran ini.

Sebelum aku memulakan review, ni kak long nak buat teguran berhemah sikit la pasal kejadian semalam. Bila sebut food review, ia bukan sekadar makanan semata-mata, tapi penilaian dari kaca mata seorang blogger lengkap bermula dari segi layanan, MASA MENUNGGU, servis makanan dan hidangan, pinggan dan cawan yang digunakan sehinggalah akhir sekali kualiti dan kesedapan makanan tu.

Tapi, apa yang kami sekeluarga alami semalam agak 'berlainan'. Kalau aku sorang saja yang datang takpe, tapi aku bawa suami dan anak-anak....

  • Kami sampai dalam jam 6pm satu jam lebih awal, lepas daftar kami masuk dalam. Pusing keliling tercari-cari meja kosong sehingga datang seorang staf dan tunjukkan meja. Memula duduk luar, tapi lepas tu kami dipelawa masuk dalam semula. 
  • Staf datang amik order, TUNGGU PUNYA TUNGGU dan lepas aku 'luah perasaan' kat staf diaorg mana minuman kami, baru la minuman sampai dekat jam 7pm. Itu pun, dua jenis minuman je ... lagi dua tak sampai lagi! Tapi meja sebelah yang baru duduk, dalam 5 minit dah dapat minuman?? 
  • Kami order dua nasi lemak, nasi kerabu dan char kuey tiow. Tapi, lepas beberapa PULUH MINIT baruuuuuuulah staf diaorang cakap nasi lemak dan nasi kerabu dah habis! Dalam masa menunggu, tak seorang pun staf diaorang datang kepada kami bagitau yang nasi lemak dan nasi kerabu dah habis! Bila aku bising makanan kami tak sampai lagi, baruuuuuulah staf diaorg bagitau DAH HABIS?
  • Disebabkan nasi kerabu dah habis, maka diaorang offer Laksa Nyonya untuk suami aku. Tapi anak-anak aku tak makan apa pun lagi. Akhirnya, kami bertiga kongsi Char Kuey Tiow yang aku order awal tadi. Nak tunggu Laksa Nyonya dan Char Kuey Tiow tu pun sikit punya lama, sampai aku kena kena bangun dari tempat duduk dan tanya lagi kat staf diaorg
  • Bila makanan dan minuman yang ditunggu begitu punya LAMA tak sampai-sampai lagi, staf diaorng datang kepada kami lagi bertanyakan apa yang kami order. Diaorang amik order dua tiga empat kali sebelum tu tapi masih boleh tanya apa yang kami order?? Walhal sebelum tu pelayan diaorang dah catat order kami dan sorang pelayan lagi cek order list kami kat Tab untuk sahkan order. Sepatutnya tak perlu lagi tanya kami apa yang kami order kan kan kan
  • Staf diaorang datang kat meja kami tunjuk makanan yang kami tak order. Sepatutnya, mereka kena cek makanan tu untuk meja mana bukan setiap kali datang ke meja kami tunjuk makanan macam tu??
  • Bila aku tanya apa lagi yang kami boleh review memandangkan makanan yang kami order dah habis, diaorang pelawa makanan lain pulak. Aku cakap aku tak boleh tunggu lagi dah sebab dah terlampau lama menunggu tapi diaorang kata kali ini tak perlu tunggu sebab staf diaorang akan terus hantar makanan ke meja. Dan sepuluh minit berlalu .....

Ya ... aku faham, orang tengah ramai. Mungkin diaorang tak jangka 'kemeriahan' yang begitu memberangsangkan pada hari pembukaan tapi aku tak faham kesilapan demi kesilapan dan tiada perubahan? Aku harap diaorang boleh perbaiki servis untuk masa akan datang. 

Tapi satu yang aku puji, staf diaorang mesra dan baik melayan kami walaupun ada kekurangan. 

So, berbalik kepada food review...





Nyonya Laksa 


Tiger Char Kuey Tiow


Berry Cooler dan Teh Ais


Ini saja yang dapat aku kongsikan di sini. Selain itu, mereka juga menyediakan makanan lain seperti Nasi Dagang Kak Pah, Prawn Mee, Chicken Rice, Nasi Lemak, Nasi Kuning dan Rojak Kepong Baru.

Aku harap, pihak restoran dapat mengambil teguran di atas sebagai satu teguran positif. Supaya di masa akan datang tidak akan terjadi sebegini lagi. Harap mereka dapat perbaiki servis dan perkhidmatan sedia ada demi kepuasan dan keselesaan pelanggan terutama ketika berdepan dengan ramai pelanggan dalam satu-satu masa.


TEN YEARS RESTAURANT
No.1 Jalan Radin Bagus 6,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.