Percubaan Pertama Kakak

Tuesday, September 22, 2015


Assalamualaikum!


Masa memula dapat mesej dari cikgunya, aku jadi blur! Permintaannya agak mendadak ... dah tu di saat-saat akhir pulak tu. Kalau aku blur, aku takut kakak pun akan bertambah blur ... tapi aku silap! hehe

Sepatutnya hari tu kakak pergi sekolah, tapi terpaksa amik cuti kecemasan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Maka, cikgunya bagi mesej minta kakak masuk pertandingan baca sajak untuk sambutan Hari Malaysia keesokannya!



Aku siap pesan lagi kat cikgunya suh amik gambar dan video kakak baca sajak hehe. Walaupun dari jauh, ibu nerves jugak tau .. maklumla, malam sebelum tu berpeluh-peluh kami menghafal sajak bersama-sama. Ibu ajarkan juga lenggok bahasa baca sajak dan tangan tu hayun ke mana hehe.

"Intonasi baca sajak tak sama ngan pantun kak ... kakak kena sebut dengan jelas dan lantang tapi bukan menjerit-jerit ..."

"Intonasi tu apa bu?"

"Err ... nada suara la. Ada perlahan ada kuat bukan sama je dari awal sampai akhir macam baca buku cerita ..."

"Oohhh ..."

Kurang dari 24 jam persiapan kakak, tapi alhamdulillah berjaya jugak dia menghafal sajak yang cikgu dia sediakan. Suh stenbai kertas kecil kot-kot dia terlupa kat atas pentas nanti, tapi dia menolak .... hurmm wajah yakin sungguh dia!


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on

Dap dup dap dup jantung ibu bila tengok video ni hehe. Kakak sememangnya lebih berani berbanding ibu. Itulah semangat yang ibu payah nak develop sejak dari kecil lagi. Tapi alhamdulillah ... kakak begitu yakin di atas pentas walaupun persediaannya di saat-saat akhir!

Dan disebabkan oleh keberanian kakak, tempat ketiga menjadi milik kakak hari itu. Aku dengar ada 9 pelajar lain yang turut sama mengambil bahagian. Berbunga hati dia bawa balik hadiah berupa set kotak pensel Barbie, lalu diberinya pada adik dia hehe. Tersentuh hati ibu .... sayang jugak ko pada adik ye kak hehe. Walaupun hari-hari menyinga dengan adik, masih terserlah sifat kasih sayang seorang kakak terhadap adiknya .... alhamdulillah ... :)

Tahniah sayang .... :)

You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM