Tuesday, September 22, 2015

# Entertainment # Event

Raikan Sambutan Bulan PLAY-DOH® & Cipta Rekod Malaysia!


Assalamualaikum!




Imaginasi yang sihat memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran anak-anak, dan untuk lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, bereksperimen dan menghasilkan reka bentuk arca seni yang unik dan menarik!

Kakak dan adik juga tidak ketinggalan mengasah bakat menghasilkan reka bentuk arca yang unik dan berwarna warni menggunakan PLAY-DOH® Party Pack yang kami dapat minggu lepas. Nak tahu apa yang dua beradik ni hasilkan dengan PLAY-DOH®? Jom baca bawah lagi ...!




Keterujaan dua beradik bila PLAY-DOH® Party Pack berada di depan mata! Dah tak sabar nak buat macam-macam bentuk dah tu hehe. Tapi, ibu ada plan lagi baik punya! Kita akan menghasilkan seni arca 'Colorful Community' menggambarkan Malaysia tercinta! 

Mencabar? Jangan risau ... sebab kita sama-sama akan fikirkan cara bagaimana nak buat nanti! Hou yeaaaa ...!




Untuk menghasilkan rekabentuk arca yang menarik dan berwarna-warni, setiap orang ada tugas masing-masing yang perlu dibuat. Bila ibu cakap kita nak buat bentuk manusia, kakak dan adik agak keberatan nak bersetuju dengan idea ibu pada mulanya hahaha sebab susah katanya. Ya ... kalau melukis gambar manusia memang ibu pun tak berapa nak pandai, tapi kalau nak buat bentuk manusia menggunakan PLAY-DOH®, itu memang mudah! 

Senang tau! Ibu siap boleh ajar kakak dan adik lagi ... dan diaorang berjaya buat sendiri arca berbentuk manusia.




Walaupun tema dan konsep diilhamkan oleh ibu, tapi dalam proses menghasilkannya kakak dan adik turut menyumbang idea untuk menambahkan lagi seri ukiran dengan pelbagai bentuk yang menarik dan disukai. 




Kerjasama pasukan amat penting dalam memberikan hasil yang terbaik. Alhamdulillah, kakak dan adik sangat saling bantu membantu ketika dalam proses menyiapkan projek PLAY-DOH® 'Colorful Community' ini. Walaupun adik tak berapa sihat ketika itu, tapi gigih juga dia tolong kakaknya menyiapkan sekali!




Ketekunan seorang anak ... hehehe. Kakak memang cukup suka buat macam-macam bentuk dengan PLAY-DOH® ni. Ibu agak terpegun melihat kakak membuat sendiri bentuk bunga ros hari tu. Tetiba teringat zaman ibu kecil-kecil dulu, ibu pun suka buat bentuk bunga ros guna plastesin hehe. Memang 'bunga ros' ni bentuk paling senang untuk dibuat kan hehe.



Ros Polkadot - Handmade by kakak



Inilah hasil tangan kami! Malaysia yang kami cintai!


Kakak dan adik memilih konsep bertemakan perpaduan dan 58 tahun merdeka. Sebab semangat kemerdekaan dalam jiwa mereka sangat tinggi dan mereka ikhlas menyatakan kecintaan mereka terhadap Malaysia yang dicintai. Lalu, ia diterjermahkan dalam bentuk arca yang melambangkan perpaduan dan kesatuan rakyatnya.

Dengan PLAY-DOH® imaginasi akan jadi realiti dan semangat berpasukan pastinya membuahkan hasil yang terbaik! Kandungannya yang non-toxic sangat sesuai untuk kanak-kanak menghasilkan pelbagai bentuk tanpa perlu risau dengan kesannya.

Ibubapa dan anak-anak boleh berkongsi idea, memberi galakan kepada mereka untuk belajar menghasilkan benda baru dan mengasah bakat dari mengenal bentuk dan warna kepada belajar bagaimana mencampurkan warna untuk menghasilkan warna baru, juga memantapkan kemahiran sosial mereka seperti bekerjasama dan menyelesaikan masalah.






Terima kasih PLAY-DOH® kerana menjadikan impian anak-anak ibu mencipta sesuatu yang baru dan mencabar menjadi kenyataan. Kini, kakak dan adik akan lebih berinspirasi dan yakin untuk menghasilkan seni yang lebih unik dan berwarna-warni sesuai dengan jiwa mereka yang sentiasa ceria dan penuh dengan warna!


Mari Sertai Sambutan PLAY-DOH® Di One Utama!

Bulan September ini merupakan bulan istimewa kerana PLAY-DOH® bukan sahaja akan meraikan sambutan Bulan PLAY-DOH® yang pertama tetapi ingin mengajak anda sekeluarga terutamanya anak-anak untuk mengambil bahagian menghasilkan rekabentuk arca berinspirasikan Malaysia dengan PLAY-DOH® sekali gus mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Record sebagai arca PLAY-DOH® paling banyak dihasilkan dalam satu hari!

Di mana? -  Sambutan Bulan PLAY-DOH® bakal berlangsung di Ground Floor HighStreet, One Utama bermula dari 21 September sehingga 27 September 2015. Dan, orang dewasa dan kanak-kanak dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang menarik pada 26 September 2015 (Sabtu) dan membina sebanyak arca yang boleh untuk mencipta rekod! - boleh dibuat apa saja bentuk seperti arca atau nombor atau huruf.


Bulan PLAY-DOH 
Lokasi : Ground Floor HighStreet, One Utama
Tarikh : 21 September - 27 September 2015
The Malaysia Book of Record : 26 September 2015 (Sabtu)


Dan hadiah menarik dari PLAY-DOH® menanti pemenang bertuah yang berjaya mencipta arca yang paling menarik dan kreatif! Wowwww!

So, tunggu apa lagi .... cuti sekolah ini pastikan anda dan keluarga hadir ke One Utama pada tarikh yang tertera terutamanya Sabtu ini, 26 September dan bersama-sama kita meriahkan majlis ini serta jadi sebahagian dari sejarah mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Record! 

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, boleh layari :




Jumpa anda di sana! ^^




#playdohmonth2015


14 comments:

  1. Bestnya tengkk anak k.anim main playdoh. Tak sabar tunggu mikhail besar, bagi dia main

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mikhail dah besar nanti lagi macam-macam dia boleh buat dengan Playdoh ni hehe

      Delete
  2. Kreatif...pandai diorang ni...comel jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Izzati, memula nak buat tu masing-masing blur tapi bila dah diberi guide baru boleh diaorang buat sendiri. Yang penting galakan dan semangat kena ada hehe

      Delete
  3. Wah seronok anty tgk kakak dan adik bermain bentuk dgn Play doh..mcm2 bentuk ada..fuyoo tere laa kkk buat bunga ros..comel...ni mak dia tlg buat ke tak ni..kd mak dia tlg snap gambar jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak dia tolong buatkan daun je hehehe

      Delete
  4. Sangat cantikkkkk.... Alaaa tak dapat playdough pon

    ReplyDelete
  5. menarik beli kat anak ni.. boleh dia explore kreativiti dia

    ReplyDelete
  6. Seronoknya main play dough !!

    Jom kak meriahkan
    giveaway mimin

    ReplyDelete
  7. wah..cantik dan kreaktif sangat..

    ReplyDelete

Apa kata korang?