Salam Aidiladha 2015 Dari Perantau Desa

Thursday, September 24, 2015


Assalamualaikum!


Tak ke mana kami anak beranak raya haji ni. Macam tahun lepas, tahun ni kami beraya sebagai perantau desa hehe. Apo nak buek ... keadaan tak mengizinkan. Walaupun raya haji, tapi mood beraya tetap terasa lebih-lebih lagi bila mak telefon tanya samada aku balik ke tidak nanti ...

Hurmm ....

Siapa tak nak balik?? kalau boleh aku nak sangat balikkkkk! Tapi hanya mampu merintih dalam hati je la perasaan gundah gulana ni. Aku tau .. mak memang berharap sangat kami balik. Rindu cucu ... rindu anak menantu ... hadoiii nak nangis pun dah tak guna!

Lagi satu, esok insyaAllah aku akan masuk opis seperti biasa hahaha! Orang lain dapat jugak half-day, aku mungkin kena sambung sampai kul 5pm hahahaha ... ketawa je kat luar tapi dalam hati nangis ni nangis! hahahaha ....





Dah kalau tak balik kampung atau pergi ke mana-mana, haruslah aku memasak di rumah kan. Orang lain bersuka ria masak rendang ketupat lontong bagai. Tapi entah kenapa hati aku tergerak nak makan spaghetti carbonara di pagi raya! hahaha ....





Selera omputih pulak di pagi raya ni hehe. Kena pulak ngan set Corelle ... memang mood omputih sungguh ni! hahaha. Alhamdulillah percubaan pertama aku menjadi wooohooooo! Sukanye makkkkkkk :p

Oh lagi satu, baru-baru ni aku ditawarkan satu job ... tapi aku terpaksa tolak! Kenapa? Tawarannya agak ok, lebih-lebih lagi zaman sekarang memang kena banyak pakai duit. Tapi demi pendirian dan prinsip yang aku pegang selama ni, tak mampu aku nak 'gadaikan'nya hanya demi kerana duit!

Pengorbanan .... barangkali tidak sehebat pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan anak baginda Nabi Ismail a.s tapi ini cara aku ... dan hanya Allah Maha Mengetahui isi hati hambaNya.

Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami sekeluarga! ^^


You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. salam aidiladha.. aiza kerja macam biasa hari ni..

    ReplyDelete
  2. takpe kak. rezeki Allah dimana2. yg penting kita mesti rajin berusaha.

    p/s: teringin jgak nak dpt job review like some bloggers did :(

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM