Awak .... saya tak kuat !

Saturday, October 03, 2015


Assalamualaikum!

Orang kata untung jadi orang kurus. Makan banyak badan tetap macam tu jugak. Hakikatnya, betul ke? Mungkin la ... ada kebenaran disitu bagi aku hehe.

Memang aku kuat makan sedikit hehe ... eh kuat mengunyah! Mulut ni ada masa dia memang nak kena kunyah sesuatu. Tapi bukan selalu, cuma bila datang keinginan tu .... haihhh krup krap krup krap! Orang sebelah tegur, "takpe...anim makan banyak pun badan tak naik" .... ishh malu pulak kite hehe...



Dalam banyak-banyak lauk semalam ini yang paling menawan hatiku. Drummet ayam goreng berompah resepi tok laki ambe hehe. Walaupun hanya makan dengan lauk telur goreng letak dalam nasi, itu dah cukup terbaik bagiku hehe! Siap menambah-nambah makan ... bukan nasi tapi ayam! :D

Anak-anak pun suka, terutama kakak. Alhamdulillah selera makan dia dah semakin bertambah sejak setahun dua ni. Kalau tak, aku tengok dia kurus rupa mak ayah tak bagi makan hehe ...

Dan sengaja aku tinggalkan dua ketul lagi drummet ayam ni...buat ngunyah di malam hari. Tengah-tengah malam lapar jugak kadang-kadang hehehe. Tapi entah macam mana boleh terlelap awal pulak huhu ....

Walaupun aku makan banyak tapi badan aku tak naik, itu bukan 'tiket' aku untuk terus jadi lupa diri! Tahap kolesterol kena jaga juga, jangan kata orang kurus takda kolesterol.

Tapi dua ketul ayam berompah kat dapur tu siapa nak perabiskan? Ayah dia? takda maknanyaaaaa. Anak-anak? takmo dah kenyang huhu. Nak tak nak, ibu mithali ni jugak la yang kena perabiskan hehe .... 

Ok la, aku nak gi mengendap ayam berompah  kat dapur jap la ye hehehehe ....


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. tak boleh lah jika dah berselera Anim. Makan ja yang penting tak berlebihan. Sebaik makanan ialah makanan yang seimbang kena makan sayuran banyak2 serta buahan ya. Pasti lawas tu yan mantain tu

    ReplyDelete
  2. hehe untung lah kan x pyh pk bdn naik.. ekeke

    ReplyDelete
  3. Hahahaha mmg bahagia la kalau mkn byk tapi tak gemuk... saya sejak jadi surirumah, semua baki makanan saya kena mkn... kalau tak bazir... huhuhu sekang dah menjadi2 pula badannya... huhuhuhh

    ReplyDelete
  4. Orang kurus yang selalu kena kolestrol tinggi. Memang kena hati-hati juga..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM